Buletinonline – Akhbar Media Perdana berbahasa Inggersis melaporkan polis meletakkan tiga orang yang ditahan membawa sepanduk ‘Kami Nak Deris Natang’ yang menghina Yang DiPertuan Agong dibawah tahanan reman. Dua dari mereka yang telah menyerah diri kelmarin adalah Hasan Salleh, 20an, pemandu lori dari Kampung Gertak Seratus dan Rizal Awang, 30an, seorang pekerja kontrak dari Kampun Tok Sabah
Mereka yang dikehendakki polis sebelum ini adalah ditahan kerana dilihat memegang sepanduk ‘Kami Nak Deris Natang’ yang dipercayai ditujukan kepada Yang DiPertuan Agong.
Perbuatan mereka dilihat pada 23 Mac lalu di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Iman Batu Burok, semasa berhimpun menyokong Bekas Menteri Besar Idris Jusoh membantah pelantikan Mad Said sebagai Menteri Besar.
Ketua Polis Terengganu berkata mereka akan disiasat dibawah seksyen 11(2) akta Mesin Cetak 1984 kerana mencetak sepanduk haram dan tidak disiasat atas perbuatan menghina Yang DiPertuan Agong.
Rujuk juga berita ari ini
Hina raja: Satu lagi suspek ditahan
Apr 8, 2008
3 PENDERHAKA hanya disiasat dibawah akta mesin cetak ?
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment