NGO pengguna desak projek dibatalkan
Beberapa persatuan pengguna menyifatkan keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas meluluskan projek ladang babi di Selangor sebagai tidak menghormati suara rakyat.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kerajaan negeri seharusnya mengambil kira sensiviti masyarakat sebelum meluluskan projek di Sepang itu yang bernilai RM100 juta.
Menurutnya, beliau tidak mahu Selangor menjadi negeri utama penternakan babi negara dan mencetuskan pelbagai masalah sebagaimana berlaku di Melaka.
''Kerajaan Selangor perlu tanya rakyat dahulu. Jangan lulus projek sebegini tanpa persetujuan rakyat sebagai pengguna.
''Mereka perlu batal jika semua bantah. Apa-apa juga projek perlu mendapat kelulusan rakyat dan tidak boleh diluluskan tanpa mengira sensitiviti semua," katanya di sini hari ini. - Utusan Meloya.
No2umnO - Memandangkan ramai yang tidak bersetuju dengan bantuan RM100 juta dari syarikat swasta ke atas projek membela babi secara moden ini, maka wak terpanggil untuk turut sama membantah. Malaysia negara Demokrasi dan pendapat rakyat perlu di dengar oleh kerajaan negeri Selangor.
Maka disini, saranan No2umnO adalah untuk melonggokkan babi babi di Selangor kesatu lokasi di negeri Melaka. Ini merujuk kepada tiada nya bantahan terhadap penternakan babi disana. Malah Melaka dan Babi, dikatakan berkait rapat dan sungguh sinonim.
Dalam pada itu, Kerajaan negeri Selangor perlu membiarkan terus penternakan babi yang ada di Selangor ini untuk kekal di dalam keadaan traditional. Ketiadaan air yang keruh mengalir dan bau yang lemak dari kandang kandang itu akan kelak ditakuti mengakibatkan hilangnya nilai nilai murni budaya tempat tempat tertentu di Negeri ini.
No2umnO juga berharap agar kerajaan Baru Negeri Selangor memberikan perhatian khusus di atas bantahan NGO dan rakyat Negeri Selangor ini. Kami mahu kekalkan penternakan babi secara tradisional. Babi juga seperti padi, kalau di buat secara moden, akan hilanglah khasiat dan zat yang terkandung di dalam daging babi berkenaan.
2 comments:
salam...
tahniah wak....
kerana berjaya membuat penggulungan usul yang begitu bernas...
saya selaku pengunjung setia no2umno berharap pihak wak dapat memajukan idea wak ini ke pihak yang berwajib...
salam hormat dari saya...
p/s:bila mau bukak shoutbox baru daa..
kalau nak kumpulkan semua babi2 traditional tu letakkan satu tempat kemudian modenkan okeylah, baru aku setuju .lepas ni siapa2yg makan babi tu tentu tak makan sangat dah,sbb dah hilang rasa aslinya.walaumacamana pun kerajaan selangor kena keluar surat makluman terangkan dengan jelas kepada pengundinya,contohnya rm 100juta darimana...lapuran EIA dan sebagainya.Biasalah umno dan pencacainya akan jadi macam jomheboh tu canang isu babi cari publisiti dan sokongan murahan.kena berhati2lah dgn permainan mereka.
Post a Comment