KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 8, 2008

PKNS MENYIMPANG DARI MATLAMAT ASAL - AZMIN

Harakahdaily - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan kerajaan negeri barunya diminta meneliti semula objektif asal pembentukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, ini kerana PKNS diwujudkan untuk membangun rumah-rumah kos rendah bagi membela rakyat miskin negeri Selangor bukannya untuk mewujud rumah-rumah mewah.

"Nampaknya PKNS menyimpang jauh daripada matlamat asal. Bahkan PKNS berlumba-lumba untuk menjadi sebuah syarikat syarikat gergasi yang disenaraikan," katanya dalam satu sidang media di Majlis Jamuan Rakyat, di Taman Keramat, dekat sini, baru-baru ini.

Oleh kerana itu, katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak, rumah PKNS terlalu mahal dan rakyat Selangor yang susah tidak mampu membeli rumah-rumah PKNS.

Dakwanya, sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku kerana PKNS mendapat tanah yang murah dari kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, sekarang ini PKNS mahu menjadi syarikat gergasi dan tindakan tersebut tidak adil kepada rakyat.

"Saya minta Menteri Besar pastikan PKNS balik kepada matlamat asal iaitu membina rumah awam untuk rakyat miskin.

"Atau kalau tidak secara keseluruhan membina rumah kos rendah, mereka hanya boleh bina rumah kos sederhana untuk rakyat Selangor.

Katanya, jika ini berlaku ia dapat menyelesaikan banyak masalah perumahan rakyat di negeri yang maju itu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive