sampanpecah
Sabtu 22 Feb, Seperti biasa pada hari sabtu 1135, saya akan menhantar isteri saya ke Singapura mengajar pelajar-pelajar menengah untuk belajar ilmu agama di salah sebuah masjid di sana. Keadaan pagi itu yang tenang, panas terik juga cuacanya, saya telah merancang dengan isteri saya untuk pergi makan di daerah Johor Bahru sebelum dia pergi mengajar di Singapura. Dalam perjalanan, banyak perkara yang kami bincangkan sepanjang perjalanan. Akibat topik2 hangat dibualkan, saya telah terlupa untuk membawa isteri saya makan dahalu, lalu sempat saya berpatah balik di City Squre menuju ke gerai makan. Kelihatan beberapa orang anggota FRU meronda di kawasan City Squre. Pelbagai persoalan bermain di benak kepala saya. “ape keje la diorang “main2” kat sini ni! Soal hati saya. Mereka berjalan bertiga-tiga. Ada demonstrasi ke.. ai kubu kuat UMNO pun ada demonstrasi. Saya meneruskan perjalanan saya ke tempat yang hendak dituju.
Dipertengahan jalan terjumpa lagi dua buah kereta polis berhenti di jalan Lingkaran Dalam di Sebelah TNB. Saya menjadi hairan. Betulke ada demonstrasi kat JB ni. Sempat saya melihat dua kain banner telah dipasang di pagar TNB tersebut. Aik.. sah la.. ini kain rentang yang telah dipasang di area K.L dan Selangor ni. Banner yang menuntut Pak Lah turun. Tekejut saya melihat banner itu. Orang UMNO Johor pun da buka mata pasal hal ini. Ini satu peningkatan. “wa… orang UMNO kat JB da buka minda la” kata saya pada isteri saya. “Tapi apa pasal polis-polis tu berhenti kat depan kain rentang tu?…” kami meneruskan perjalan ke tempat makan.
Sehabis makan, perasaan saya untuk melihat banner itu bermain lagi. Saya terus ke persimpangan Jalan Kolam Ayer di Dataran MPJB. Anak mata saya terpandang satu lagi Banner di tepi dataran… aik? Poster yang sama ker?… saya terus mendekati banner tersebut dan melihat …ya.. banner anak-anak Malaysia yang menyuarakan hasrat hati mereka dalam Negara yang merdeka ini sesiapa pun berhak menegur dan bersuara. Mereka menyuruh pemimpin yang mereka sanjungi itu supaya turun. “Jangan tinggi2, nanti gayat!!!”. Saya meneruskan perjalan saya menghantar isteri ke Johor Interchange melalui jalan yang sama. Lampu isyarat berwarna merah di Jalan Lingkaran Dalam di TNB. Mata saya melirik kearah Banner yang telah dipasang di pagar TNB tersebut. Hairan saya, mana pergi kain rentang tersebut?… SAHLA… polis da jadi kuli UMNO. Ni mesti polis punya kerja ni. Banner tersebut telah hilang.
Saya meneruskan lagi perjalanan dan kelihatan di flyover Jalan Yahya Awal ada lagi kain rentang tersebut. Saya kata.. kalau lah mase ni saya ade kamera da tentu saya ambil gambar jadikan bukti. Macam mana polis menurunkan kain rentang yang menyuruh Pak Lah turun. Memang zaman Pak Lah dah berakhir. Dengan kempen Kami sayang Pak Lah, dan lagu Pak Lah yang berkumandang di corong2 radio membuktikan aura Pak Lah tidak sehebat aura Mahathir. Bila mendengar lagu yang dinyanyikan itu, teringat lagu yang dinyanyikan salah seorang kumpulan May (Mus) untuk Ayah Pin. Takkan macam tu sekali kalau nak kempen pun. Lagu untuk mahathir tak ada ker?.
Kalau Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan, Kalau Tun Razak Bapa Kemodenan, Kalau Tun Husein On Bapa , Kalau Mahathir Bapa , Pak Lah juga Bapa… bapa mertua kepada Khairi Jamaludin.
Apr 8, 2008
Perubahan telah berlaku di Johor
Labels: UMNO bergolak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment