Mereka yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat dengan diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim membuat gesaan itu ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini.
Mereka meminta supaya Datuk Bandar Datuk Ab. Hakim Borhan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membatalkan hasrat syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd untuk membina bangunan itu, demi kepentingan awam.
Dalam pertemuan tiga jam itu, anggota-anggota parlimen itu juga memohon supaya DBKL menyediakan Pejabat Sekretariat Wakil Rakyat di bangunan DBKL dan menyediakan kemudahan pejabat di semua Pusat Khidmat Masyarakat Anggota Parlimen Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ab. Hakim berkata semua permintaan anggota parlimen itu akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.
"Kita telah memberi penjelasan panjang lebar mengenai perkara ini dan kita mencadangkan supaya ia dibawa sekali semasa kita mendengar bantahan awam daripada orang ramai mengenainya," katanya.
RUJUK: Pertemuan bersama Datuk Bandar, Ahli Parlimen kemuka empat saranan
0 comments:
Post a Comment