KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 8, 2008

Tiada Diskriminasi Bagi Pelancongan Lima Negeri - Azalina

(...) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tidak ada unsur diskriminasi dikenakan terhadap Perak, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan seperti yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Tidak timbul soal diskriminasi mana-mana negeri yang bukan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Kerajaan pusat akan tetap salurkan peruntukan kepada negeri-negeri itu dan kementerian juga mengarahkan penubuhan jawatankuasa baru dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) bagi memantau aktiviti pelancongan.

"Kementerian juga bersedia menerima sebarang cadangan atau kertas kerja daripada negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang itu dan sentiasa bekerjasama erat bagi menjayakan semua aktiviti pelancongan yang dirancang sejak tahun lepas," katanya pada sidang akhbar pra-pelancaran Citrawarna dan Citrarasa Malaysia 2008 di sini, Selasa.

Beliau turut merasmikan pembukaan rangkaian keenam butik coklat terbesar di Malaysia 'Cocoa Boutique' di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC).

Semalam, Khalid dan Lim mengkritik serta melahirkan kebimbangan berikutan tindakan Kementerian Pelancongan menamatkan semua Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan kontraktor dan pengusaha pelancongan berkaitan pelaksanaan aktiviti pelancongan di lima negeri yang dikuasai pakatan parti-parti pembangkang.

Khalid dan Lim dilaporkan sebagai berkata tindakan Azalina itu bertentangan dengan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu semua program yang dirancang kerajaan pusat bagi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, diteruskan.

Azalina baru-baru ini membuat pengumuman mengenai penamatan MoU berkenaan kerana bimbang strategi dan pelaksanaan pelancongan negara tidak dapat diterima oleh pemimpin lima kerajaan negeri itu.

"Soal pembatalan MoU yang ditandatangani itu tidak sepatutnya menjadi persoalan, contohnya lihat saja kerjasama kerajaan pusat dengan Kelantan selama ini, walaupun negeri itu dikuasai pembangkang, tetapi semua program tetap diteruskan," katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive