KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 22, 2008

AWAS !!!

TAMAN Pendidikan Al-Quran Nurul Huda, Lombok Timur inilah tempat gadis dari Malaysia, Che Siti Nor Azreen Che Ishak dinikahkan dengan pemuda Lombok, Tony Wijaya baru-baru ini.

Amalan bawa lari gadis dari daerah, negara lain - Amalan lumrah di Lombok

klpos - NUSA TENGGARA BARAT (MATARAM) - Bukan satu kesalahan bagi kaum lelaki di Lombok melarikan anak gadis dari kawasan atau negara lain ke daerah ini sebaliknya telah menjadi amalan dan gaya hidup di pulau itu sejak sekian lama.

Malah amalan tersebut masih dipertahankan dan merupakan kaedah yang sering digunakan oleh kaum lelaki di sini untuk memperisterikan gadis yang diidamkan.

Ketua Desa Sakra, Lombok Timur, Bapak Sanusi Suwono, 58, berkata, cara tersebut iaitu melarikan anak gadis telah menjadi salah satu tradisi masyarakat di Lombok terutama membabitkan soal perkahwinan.

"Jika seseorang lelaki meminati gadis idamannya di daerah lain, maka dia boleh melarikannya ke kampung ini tanpa kebenaran sesiapa.

"Lazimnya, perkara ini berlaku apabila pasangan itu sudah terlalu menyintai di antara satu sama lain dan berhasrat untuk berkahwin," ceritanya kepada Kosmo! di sini semalam. more ....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive