mkfarhan - Tetapi menariknya idea orang UMNO dalam menjalankan agenda baru mereka, sebenarnya mereka yang tidak mahu berpadu dan bersatu.Ini jelas dalam tindakan mereka sendiri didalam menguruskan sesuatu perkara yang melibatkan pihak pembangkang.Ayuh uruti kronologi mereka:
Pertamanya, jika dilihat di Pulau Pinang.Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah menjemput Adun Sungai Acheh, Dato’ Mahmud Zakaria; Adun Seberang Jaya, Dato’ Ariff Shah Omar Shah dan Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad untuk memainkan peranan dalam pentadbiran negeri.Namun, mereka menolak atas alasan,itu adalah perangkap bagi mereka.Pelik juga.Niat ketua menteri adalah untuk membantu memudahkan rakyat.Tetapi mereka menggunakan alasan,penyertaan sedemikian rupa akan menyebabkan mereka sukar untuk bersuara terhadap sesuatu isu.Penulis beranggapan mereka ini radikal.Tidak menyokong sifat diplomasi dalam membincangkan sesuatu perkara.Kelakar juga.Sudahlah orang melayu adalah golongan minoriti di Pulau Pinang, ADUN UMNO pula mengambil langkah yang bodoh.Orang buka pintu, mereka berlagak hebat.Haha.
Tetapi berbeza dengan tindakan oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dato’ Lee Kah Choon yang menyertai pentadbiran negeri itu sebagai Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Invest Penang.Beliau mengetepikan ideologi politik untuk membangunkan Pulau Pinang. Jelas menunjukkan sikap orang melayu dan orang cina.Orang melayu penuh dengan dendam tetapi orang cina sentiasa mengambil peluang.Penulis malu dengan tindakan UMNO yang lansung tidak menggambarkan intelek orang melayu yang hebat. more...
Apr 22, 2008
UMNO: Parti Penuh Dendam
Labels: UMNO samseng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment