harakahdaily - (...) Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih semula Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk ditadbir sendiri, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Muhamad Khusrin Munawi.
Katanya, pengambilalihan itu adalah satu keperluan bagi kerajaan Selangor memandangkan bilangan murid sekolah menengah semakin bertambah.
Tambahan pula katanya, memberi pendidikan agama setakat darjah enam tidak mencukupi.
"Kita amat perlu mendidik anak-anak ini kerana pada peringkat 13 hingga 17 tahun mereka memerlukan pendidikan.
"Kalau kita tidak memberi pendidikan yang secukupnya maka berlakulah gejala anak-anak muda yang melepak di pasar-pasar raya, masalah keruntuhan akhlak dan sebagainya," katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil Pelajar Sesi 2007 di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Allam, pada Sabtu, 14 April lalu.
Katanya, pada usia tersebut, jika tidak diberi pendidikan yang secukupnya kaum remaja akan mengalami keruntuhan akhlak dan sebagainya.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri yang baru sekarang akan menambah sebanyak 40 buah sekolah agama yang dijangka siap pada tahun 2010. more...
Apr 22, 2008
Kerajaan Negeri Selangor akan ambil alih semula sekolah menengah agama
Labels: Selangor Govt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Satu tindakan yang baik dan yg ditunggu oleh rakyat,.
Mertabatkanlah Agama kita kembali satelah dicelarukan oleh puak puak UMNO,semata mata utk kepentingan Politik mereka.
Post a Comment