normiswary.blogspot - Kini surau Ar-Rahmah di Seksyen 8, Shah Alam telah dibuka. Kesempatan yang dapat aku ambik kini adalah sama-sama berjemaah dengan mereka yang cekal dan tabah mempertahankan rumah ALLAH ini dari mereka yang rakus dan angkuh dengan kekuasaan yang dipinjamkan Tuhan. Tazkirah selepas subuh tadi turut merungkai dengan ringkas akan ketenteraman hati mereka yang sangat dahagakan cahaya Islam merumpun mewah dan menghijau. Alangkah bahagianya melihat mereka ini yang begitu ternanti-nanti sekian lama surau ini dibuka semula seperti pasangan muda yang bermadu asmara yang menanti saat-saat malam pertama. Penutupan surau ini dibuat menjelang Ramadhan tahun lepas sangat-sangat mengusarkan hati aku semenjak berpindah ke seksyen 8 ini. Mengenangkan kemudahan dan imarhahnya surau ini berbanding surau-surau lain di sekitar shah alam ini dapatlah ditelah mengapa UMNO/BN mempergunakan JAIS untuk menutupnya. Mereka akan curiga kepada amalan agama yang sebenarnya. Mereka bangga membincangkan kecantikan Islam itu dari sudut teorinya, tetapi mereka ini jugalah yang begitu khuatir dengan amalan praktikalnya.Biar apapun alasan bagi mereka yang berkuasa sementara di parlimen kini, soal menutup surau adalah kebiadapan yang sangat melampau. Biar siapa-siapa pun hatta dari Pakatan Rakyat (tak mungkin la kot, sebab Pakatan Rakyat yang buka surau ni...) ataupun UMNO/BN sendiri, penutupan surau adalah tindakan jahilliah yang terlampau (meminjam kata-kata pramugara yang ditangkap suatu ketika dulu). Ianya tak boleh diterima sama sekali!Hari ini laungan azan bertebaran luas disekelilingnya. Merdu, mengasyikkan dan sangat mengharukan. Perjuangan hari ini semakin hebat untuk dinilai. Perjuangan ini menuntut keazaman yang tinggi malah kecekalan yang jauh lebih besar dari dulu.Bagi kalian yang mencemburui, maafkan kami. Kami kini kerajaan di Selangor!
Apr 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Cess! Seksyen 7 , seksen 18 seksyn 24 OK ape. Cela buat ronda seminggu sekali. Yg seksi (muekkkek) 8 nih katernyer "pertarungan" sesapa puak, ontah la ..
Post a Comment