KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 22, 2008

Tujuh anggota tentera hadapi tuduhan bunuh rakan sekerja

MStar - Tujuh anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana dituduh membunuh rakan setugas mereka, prebet Mohd Shahrizal Mohd Shafie, di Kem Tentera Sungai Besi baru-baru ini.

Mahazir Hamad, 24, Mohd Azman Jabril, 24, Shahrin Mat Rabu, 26, Mohd Khairie Abdullah, 26, Syabramallisi Shahidah, 26, Mohd Bukhari Syawal, 23, dan Mazlan Awang Ngah, 24, kesemuanya prebet, dituduh membunuh Mohd Shahrizal, 27, antara 11 malam 5 April dan 1 petang 6 April lalu, di bilik tahanan Pasukan Unit 1 RAMD, Kem Tentera Sungai Besi, di sini.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan. Kesemua mereka mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norazlin Othman.

Kesemua mereka, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hafiz Mohd Yusoff.
Norazlin menetapkan 26 Mei untuk pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat mengenai kematian Mohd Shahrizal.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive