DARI JELEBU
LAILATULQADAR datang hanya sekali
(...) Pakatan Rakyat wajib mengambil kerajaan Persekutuan Malaysia secepat mungkin untuk memberhentikan penyalah gunaan kuasa. Lailatulqadar hanya datang sekali sahaja.
Pakatan Rakyat hari ini sedang berhadapan dengan gerombolan Barisan Nasional yang telah kalah teruk. Kita tidak perlu membuka kitab Mao untuk memahami garis politik yang tepat - ketika musuh menyerang kita undur dan ketika musuh lemah kita menyerang. Barisan Nasional kini sedang nazak. Inilah masa yang tepat untuk terus menyerang dan membungkus mereka untuk dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah. Lailatulqadar hanya datang sekali.
Perhatikan apa tingkah laku gerombolan Barisan Nasional ketika mereka nazak. Perjanjian di antara negeri dengan Kementerian Pelancongan telah dilupuskan. Ketua-ketua kampung di Perak telah di berhentikan. Ahli JKK diubahsuai. Fail dan maklumat negeri telah di musnahkan. Ini dilakukan ketika mereka nazak. Bayangkan jika mereka dapat bangun berjalan pasti Pakatan Rakyat akan dipukul musnah.
Lihat pula apa yang terjadi di Selangor. Dana NGO Balkis telah dipindahkan oleh isteri Khir Toyo seolah-olah ini harta datuk nenek moyang mereka yang dibawa dengan tongkang dari Jawa. Ini belum lagi di perinci berapa banyak fail-fail yang telah dikoyak rabak dan dimusnahkan sebelum pentadbiran kerajaan baru dapat memasuki pejabat kerajaan.
Sila jangan lupa apa yang terjadi kepada Radio Selangor? Radio ini adalah hak milik kerajaan negeri Selangor. Tiba-tiba stesen radio ini dipindahkan ke Angkasapuri. Apakah ini dengan niat jahat atau dengan niat baik?
Sila jangan lupa apa yang berlaku pada subuh 15 April 2008. Rumah Dr.Wan Azizah dan rumah Menteri Besar Selangor telah didatangi oleh polis. Polis telah diarahkan untuk mengambil kenyataan dari Wan Azizah dan MB Selangor kerana malam sebelumnya Pakatan Rakyat telah mengadakan satu rapat raksasa di Kampung Baru yang dianggap ‘perhimpunan haram’.
Dengan angkuh pihak polis telah enggan mengambil kenyataan Dr Wan Azizah dan MB Selangor di pejabat mereka. Polis mendesak mereka berbondong-bondong ke balai seolah-olah untuk dilihat umum sebagai orang jahat. Ini arahan siapa? Mereka langsung tidak ada niat untuk hormat kepada Menteri Besar dan Ketua Pembangkang.
Bandingkan dengan kes raba-raba buntut pelayan yang pelakon utamanya Jamaluddin Jarjis. Dari laporan akhbar, kita diberitahu bahawa ketua polis yang sama telah menjalankan siasatan. Tetapi di mana kenyataan Jamaluddin Jarjis ini diambil? Dari laporan akhbar kita hanya di beritahu bahawa "pihak polis telah menemui bekas menteri ini di satu tempat”.
SATU TEMPAT ini di mana? Kenapa Jamaluddin Jarjis tidak diminta datang ke balai polis. Kenapa Wan Azizah dan MB Selangor dipaksa datang walhal kes raba-raba buntut adalah satu jenayah seksual yang amat berbahaya. Ini adalah bukti bahawa pihak polis juga kini telah menjadi perkakas Barisan Nasional. Mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan gerombolan Barisan Nasional ini. more...
Apr 29, 2008
Harta datuk nenek moyang mereka
Labels: Balkis, dari jelebu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
With the way the federal ministers react to opposition held states, refusing and denying funds for development, we may not have options other than encouraging PR to go for federal government.
True, if they don't change for better more will join to support PR to snatch the control.
Betul tu.. jangan di biarkan lama lama,nanti basi,orang mulai jemu,fedup malah mereka tuduh,cerita(Lompat)ni cerita dongeng,belum buka mulut,orang dah Booo!!
Goreng pisang klu nak di makan biar tengah Panas,.
Post a Comment