KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 29, 2008

PARLIMEN KETEPIKAN SOALAN PEMBANGKANG

malaysiakini - (...) "Jika anda melihat pada jumlah (perwakilan), kita (Pakatan) ada 82 ahli parlimen berbanding BN hanya ada 77 (ahli parlimen penyokong kerajaan).

"Melihatkan kepada nisbah ini, kita patut ada 52 peratus. Dan BN hanya 48 peratus. Jadi kalau mereka boleh uruskan sepuluh soalan, maksudnya kita patut dapat sekurang-kurangnya enam (soalan), berbanding mereka empat."

azmin interview 260408 talkingMohd Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, berkata wakil-wakil rakyat Pakatan diberikan sedikit sahaja peluang bertanyakan soalan.

"Sekarang saya melihat, daripada 10 soalan, kami hanya diberi dua. Ini tidak adil," katanya Jumaat lalu.

"Kedua, mereka patut beri keutamaan pada ketua pembangkang. Soalan pertama pada hari itu patut diberikan kepada ketua pembangkang dan ini tidak dilakukan. Soalan daripada Dr Wan Azizah (Wan Ismail) (berada di) nombor ketiga. Jadi ini tidak adil."

Beliau mendakwa wakil-wakil pembangkang "tiada kebebasan" menentukan susun atur soalan dalam prosiding dewan kali ini.

"Saya tidak tahu apa peranan (Datuk Seri) Nazri (Aziz) dalam memutuskan urutan soalan. Tetapi saya rasa speaker Dewan Rakyat patut memmainkan lebih peranan untuk memastikan kita melindungi kebebasan parlimen," katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive