ADA DESAKAN AZALINA TANDING RAFIDAH
agendodaily - (...) Bercakap pasal perubahan kepimpinan Wanita UMNO lalu soalan ini diajukan kepada salah seorang ketua wanita bahagian di Selatan tanahair enggan disiarkan nama. Awalnya dia tidak mahu menjawab soalan ini kerana katanya masa terlalu panjang lagi. Dia sendiri pun tidak tahu sama ada kekal sebagai ketua wanita bahagian atau sebaliknya. Tapi memandangkan ketua wanita bahagian berkenaan antara yang agresif dan rajin bekerja kita percaya dia akan kekal menyandang jawatan tersebut pada pemilihan bahagian nanti.
Selepas diasak berkali-kali siapa yang dia mahukan sebagai ketua dan naib ketua wanita akan datang jawabnya,’’ S dan A.’’ Adakah pangkal huruf S itu Shahrizat dan A itu Azalina? Jawab ketua wanita bahagian tadi,’’ Yalah, tapi jangan tulis nama kakak nanti kakak saman kau. Tahu Faridah Abu Hassan (Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO) mati kakak.’’
Benarkah Wanita UMNO tidak mahu Rafidah lagi? Lalu soalan ini saya ajukan kepada salah seorang ketua wanita bahagian di Utara tanahair. Ketika menelefon beliau sedang bermesyuarat dengan anggota pergerakannya. Akuinya, dia akan mencalonkan Shahrizat sebagai ketua wanita dan Datuk Azizah Mohd Dun sebagai naibnya. Ketua wanita bahagian berkenaan ada alasan mencalonkan Azizah kerana katanya perubahan kepimpinan Wanita selalunya bermula dari Wanita di negeri Bayu. Katanya,’’ Sudah sampai masanya kita memilih naib ketua wanita di kalangan orang Sabah.’’
Sekadar untuk menguji mindanya saya bertanya lagi,’’ Kenapa Shahrizat tidak diregukan dengan pemimpin pelapis seperti Datuk Seri Azalina Othman Said?” Jawabnya,’’ Dia (Azalina) belum menampakkan ciri-ciri membantu Wanita.’’ Duga saya lagi,’’ Kena beri Azalina peluang kalau tidak kita tidak tahu performancenya.’’ Balasnya, ‘’Dia (Azalina) sendiri beritahu kakak dia belum bersedia lagi menyandang jawatan dalam Wanita. Apa alasannya kakak tidak boleh bercakap melalui telefon nanti kakak terangkan bila berjumpa Norzah nanti.’’ more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment