azzlie.blogspot.com - Aduhai! Seribu kali sayang! Ku sangkakan kau telah berubah, namun lagakmu tetap serupa semacam dulu. Makin merapu dan makin hilang arah. Dulu ada seorang badut yang hampir pencen. Kini muncul seorang lagi badut yang boleh tahan jugak keletahnya.
Dulu bising nak guna dakwat. Last-last minute dia cancelkan. Dulu dia sibuk suruh bakal-bakal calon dok cari setem hasil negeri, suruh letak dekat borang. Last-last minute jugak dia cancelkan. Akibatnya, majikan dia hilang 5 negeri. Terus tak terkata. Ditanya macam mana kerusi pihak sebelah satu lagi, dia terus jawab " Saya tak tahu".
Sekarang, SPR nak pantau kempen internet pulak. Aduh! Apa kerejanya depa nih? Banyak lagi benda yang tak diselesaikan. Yang renyok(senget), yang sengau sana-sini yang perlu dibetulkan pasca PRU-12. Ingatkan nak berubah menjadi insaf. Agak-agaknya, dah sedar tanggungjawab dan amanah yang rakyat bagi. Rupa-rupanya sama jugak. Lepas ni, SPR boleh ambil alih tugas SB-SB dan MCMC untuk pantau blogger-blogger dan kempen internet. Mana-mana calon parti menyalahgunakan blog, sms akan dikenakan tindakan. Yang gunakan tv, radio, suratkhabar takde masalah pulak.
Nampaknya makin sengau SPR ini. Di minta pula pewaris-pewaris si mati (termasuk waris jari hantu kot) yang nak bersihkan senarai nama orang-orang yang dah meninggal, sila kemukakan sijil kematian sekali. Al-maklum kami nak bersihkan nama pengundi-pengundi hantu. Murni niat tu tapi sedikit pelik. Kata e-kerajaan. Takkan setakat nak ambik data dekat pangkalan data polis punyalah susah? Dah tentu senarai-senarai nama orang yang meninggal ada kat situ. Takkan susah sangat hingga SPR meminta waris-waris si mati pulak berikan kerjasama. Nasib baiklah tak suruh si mati sendiri yang laporkan. Kalau tak parah! Ap ubat kita nak bagi dekat SPR ni? Bagi depa sihat walafiat kembali ?
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
1 comments:
Beruk dengan apa nama pun masih beruk. Tukar nama tetapi staf induk tak tukar, sandiwara-la namanya.
Post a Comment