Roslansms - (...) Ada di antara mereka yang sebelum ini nyenyak dengan kemewahan dan kedudukan, tiba-tiba turut terlibat, sehingga mencetuskan pelbagai tandatanya, adakah benar-benar mereka bangkit kerana terhakisnya ketuanan bangsa atau sebenarnya yang terhakis dan tercabar itu adalah kedudukan dan keselesaan mereka sendiri? Tetapi adakah orang-orang Melayu rata-rata benar-benar tergugat kedudukan poltik mereka, atau sebenarnya mereka kini lebih "excited" mahu bersama-sama bangsa lain melihat gerakan politik baru pasca pilihan raya ke 12 ini yang sama-sama mereka turut terlibat membina dan menaikkan?
Kalau dahulu tokoh-tokoh politik Melayu yang dilonjakkan ke atas hanyalah dari kalangan satu parti tertentu sahaja, hari ini seluruh rakyat Malaysia sedang menyaksikan munculnya tokoh-tokoh politik Melayu yang tidak kurang kelayakkan dan karisma mereka bukan hanya dari satu parti Umno, tetapi juga dari PAS dan KeADILan. more...
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment