klpos - DALAM tahun 2003, saya pernah memasuki penjara besar Dubai yang lama di Satwa. Bukan sebagai banduan tetapi sebagai tetamu istimewa. Istimewa kerana membawa artis tersohor, Yusuf Islam untuk mengadakan ceramah khas sempena Hari Raya Haji.
Dalam kunjungan itu, kami dilayan sebagai VIP dalam penjara termasuk bertemu ketua polis Dubai dan bos No.1 penjara.
Kami dibawa ke seluruh penjara dan dalam pemerhatian saya, penjara Dubai nampak lebih seperti asrama. Pesalah tidak dipanggil banduan dan slogan penjara ialah, "Manusia Lebih Penting Dari Tempat".
Penjara 'terbuka' dengan banduan bebas bergerak kecuali yang menerima hukuman tertentu.
Kami ditunjukkan model besar penjara baru yang sedang dibina ketika itu dan dianggap paling canggih di dunia. Rekabentuknya berdasarkan 'keselesaan' dan 'kemanusiaan'.
Malah secara bergurau, ketua polis berkata, penjara baru di Al Awir itu mungkin lebih baik dari hotel empat bintang.
(Begitulah realitinya dari cerita mereka yang pernah menumpang di penjara baru tersebut dan ada yang rela menjadi banduan. Bercuti di hotel empat bintang dengan makan dan masa lapang yang cukup.
Read more ......
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment