Malaysiakini - Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin telah diarahkan hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.
Raja Petra sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis pada kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya.
Malam tadi, beliau diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.
Bercakap kepada pemberita di komplek mahkamah Jalan Duta pagi ini, Raja Petra mendakwa, beliau menjadi mangsa pendakwaan politik.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment