harakahdaily - Seramai 18 orang terdiri daripada Wakil Rakyat, Speaker dan Timbalan Speaker dariapada Dewan Undangan Negeri Kedah telah 'dipaksa' berjalan kaki kira-kira 200 meter menuju bangunan Parlimen daripada pintu pagar utama.
Tinjauan Harakah juga mendapati kejadian yang Imageberlaku pada 10.30 pagi tadi menyaksikan Bas Kerajaan Negeri Kedah dilarang masuk sekalipun untuk menghantar ahli rombongan ke pintu berdekatan berbanding bas sekolah dan persendirian yang dilihat bebas menuju ke pintu masuk utama dan belakang bangunan Parlimen.
Harakah sempat bertanya kepada salah seoarang Adun yang sedang berjalan kaki, Nasir Mustafa (PAS- Kubang Rotan) turut hairan dengan layanan dan sikap tidak mesra pihak parlimen dalam menghormati rombongan kerajaan negeri yang hadir untuk menyaksikan sidang dewan berlangsung.
"Saya pun tidak faham, sedangkan kita sudah ada surat dan dokumentasi yang telah dimajukan lebih awal. Bas kami pun dilarang masuk malah kami ditahan di luar pagar dan setelah saya berunding, barulah mereka benarkan masuk tetapi terpaksa berjalan kaki.
"Mereka langsung tidak hormat kepada kami dan saya hairan kenapa ada diskriminasi sebegini?" katanya yang ditemui di pesisir jalan Parlimen yang agak curam itu.
... selanjutnya.
No2umnO - Kalahkah sahaja kerajaan Barisan Nasional, baru boleh ubah semuanya jadi adil. Mengarut punya kerajaan !!!! Makin lama makin meluat pulak aku tengok banyak nya cengkadak kerajaan BN ni.
LEBAI HIPOKRIT
2 hours ago
2 comments:
hangpa wat ADUN kami camnie..nnti hangpa tak memerintah..aku suh hang merangkak ikut longkang no..
teruk betuk dah macam orang gila kuasa dah uMNo semua. Bukan kesian, makin benci adanya. Aku tak undi dah UMNO. Minta maaf je la...kalau boleh sedara aku pun akan aku bagi tau semuanya.
Post a Comment