Radenjowo
Aku tak kerja semalam dan kelapangan itu digunakan utuk membawa isteri membeli barangan dapur bulanan yang aku selalu buat. Routine tu. Berkunjung ka Tasco terdekat untuk membeli barangan. Meninjau kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak baru baru ini.
Dikhabarkan barangan turut naik sehari selepas kenaikan harga minyak. Memang benar. Contohnya beras, dah ada dua kenaikan sehingga RM28 sekampit pada minggu lepas dan semalam naik lagi kepada RM30. Itu baru sehari dan masih ada barangan yang belum tetapi akan naik di dalam masa terdekat. Itu menurut kakitangan yang bertugas. Semua nya kerana peningkatan harga minyak membawa kepada peningkatan harga kos penghantaran dan sebagainya.
Menurut berita internet dan media, protes kenaikan harga minyak ala Bersih di Kuala Lumpur akan di adakan pada 12 Julai 2008 nanti. Kira kira 'sebulan 5 hari' dari tarikh hari ini. [rujuk SINI]
Memang aku antara yang bersemangat untuk turut serta. Dijangkakan sambutan nya lebih ramai dari perhimpunan Bersih pada tahun lepas. Tentu banyak peristiwa yang boleh dilapurkan dan gambar gambar menarik yang aku akan postkan di dalam blog. Tapi itu bukan perkara utama. Yang penting minyak turun harga seperti asal. Dan sekiranya kerajaan diambil alih seperti yang dikatakan oleh Saudara Anwar Ibrahim, lagi penurunan akan berlaku. Aku pegang pada janji dan jika tidak, blogger tidak akan ragu ragu untuk memberikan penekanan agar manifesto PKR menjadi realiti. Kalau dah jenuh sokong, sekarang untuk cari untung.
Fikir kan kembali ... tempoh perhimpunan lagi 1 bulan suku mungkin terlalu lama? Kita tidak sedar kerana kelewatan ini akan membawa banyak perubahan. Sebagai bukti implikasi kenaikan yang akan berlaku, rujuk sini dan sini. Sekiranya seluruh rantaian berlaku kenaikan, bagaimana cara nya untuk menurunkan semua secara serentak sebagaimana serentaknya kenaikan harga barangan?
Kemungkinan kemungkinan ini memang sudah difikirkan oleh Kerajaan sebelum menaikkan harga barangan. Antaranya, Peningkatan harga barangan lain, diikuti dengan peningkatan kos kos perkhidmatan. Mogok penguasa teksi dan protes orang ramai terhadap keputusan kerajaan itu. Lantas kalau desakan demi desakan dibuat, harga akan turun sedikit tapi sekadar untuk meredakan kemarahan.
Kalau minyak Petrol di naikkan secara mendadak kepada RM2.80/liter, kalau dikurang kan pun, mungkin sedikit sahaja sehingga ke RM2.50/liter. Hanya turun RM0.30. Namun yang menjadi masalahnya, barangan lain yang turut naik sebelum hari protes, tidak akan turun mengikut penurunan harga minyak pada ketika itu. Mampukah kerajaan menerusi kementerian yang bertanggung jawab memantau setiap harga barangan yang telah naik dan akan diturunkan?
INi tugas Shahrir Samad. ... Kalau kenyataan yang lepas pun tak boleh kita percaya, apa lagi usahanya yang boleh kita yakini? Kita tidak percaya, pengusaha tidak takut. Akhirnya barangan akan kekal tinggi harganya.
Lantas dengan jelas kelewatan untuk berhimpun, akan memberikan ruang kenaikan barangan lain. Mampukah kita menerima risiko ini? Sebulan bukan sekejap dan malahan semangat orang ramai pun akan menjadi pudar dan lemah berhadapan dengan bermacam macam kos yang bakal turut naik selepas ini. Tambang hendak berhimpun pun semakin tinggi.
Satu jam di Tasco semalam sudah cukup memberikan gambaran bahawa Kerajaan BN sekarang sudah menjadi kebencian bukan sahaja kepada penyokong pembangkang, malah kepada UMNO dan BN juga. Rujuk [SINI]Mungkin ramai yang sudah sedar bahawa mengundi BN adalah satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Kalau impak kenaikan harga yang mengenai parti pembangkang....mungkin mereka masih boleh mendabik dada, tapi kenaikan ini telah menyebabkan rata rata rakyat malaysia, benci kepada kerajaan.
Pokoknya rakyat tidak merelakan kenaikan yang berlaku ini. Kalau dana keuntungan itu kelak di gunakan kepada rakyat, maka mungkin kita boleh mempertimbangkan. Malangnya sejak dulu yang sakit adalah rakyat dan bersedap dengan pembaziran adalah pemimpin. Pembaziran yang tidak pernah reda reda dengan alasan mereka yang serupa dan diperbagaikan alasan yang direka reka.
Contohnya, PLKN [rujuk SINI] yang kononnya mahu diperbanyakkan lagi jumlah penyertaan. Disamping itu, mata pelajaran baru, seks yang bakal di adakan di dalam silibus latihan itu kelak. Kos kos membela pelatih, penyelenggaraan dan penambahan silibus menyebabkan kos bertambah. Hasilnya? Tak seperti yang dijangka. Semua nya hanya berkonon. Kononnya baik dan kononnya bagus untuk disiplin malah sebagainya, realitinya tidak mendatangkan faedah yang cukup untuk menolak pembaziran berlaku di dalam projek tersebut. Dan fokus sebenar adalah untuk penuhkan kocek mereka sahaja.
Ini adalah antara bukti bahawa Pemimpin Negera hanya membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri sendiri dari rakyat. Sungguh menyedihkan lagi, kerajaan seperti hanya mengambil kira pendapat orang asing dari warga tempatan. Banyak akhbar yang menyiarkan wawancara tentang kenaikan harga minyak ini bersama rakyat Singapura berbanding rakyat sendiri. Kononnya nak pesong kan perhatian bahawa tindakan pembatalan sekatan adalah tindakan yang bijak. [Rujuk SINI]
Keputusan larangan yang hanya bertahan selama 3 hari itu telah menyebabkan, pemimpin dan kerajaan Malaysia dilihat tidak tegas dan seperti kebudak budakan. Dengan erti kata lain , tindakan yang bangang. Sedangkan, minyak mereka masih mahal berbanding di Malaysia. Kenapa perlu di pertimbangkan harapan mereka sedangkan rakyat Malaysia sendiri teraniaya dengan keputusan yang kerajaan buat? Atau pun selama ini memang tindakan kerajaan lebih kepada warga Singapura seperti memajukan WPI juga?
Aku pun antara yang tidak sabar untuk berhimpun. Tapi ada lebih baik kalau diadakan dengan segera berbanding 12 Julai kerana mungkin pada ketika itu, ramai yang hanya bertawakkal dari keluar ke jalan. Semangat sedang membara dan jangan biarkan semangat terkubur kerana menanti terlalu lama. Kita bukan protes SPR kerana pilihanraya pada ketika Bersih dianjurkan, ianya masih lama lagi. Tapi soal kenaikan harga minyak ini bakal membawa implikasi yang lebih buruk. So ...... segerakan Protes sementara semangat masih membara.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
2 comments:
wak den ade buat tulis sikit kay sini
http://matkomandor.blogspot.com/2008/06/yang-berasal-dari-seorang-dukun-rakus.html
ekau bacolah klo sesuai ko tlg postkan wak ....:)
Kerajaan patut mengambil iktibar dari kisah Nabi Yusof A.S. tentang mimpi rajanya. Baginda raja telah mendengar nasihat Nabi Yusof AS dan kerajaan yang dipimpin dibawahnya bertambah makmur.
Post a Comment