Berikut adalah gambar yang aku ambil malam tadi. Aku adalah salah sorang yang berada di Stadium Melawati. Beberapa reaksi menarik tak dapat aku tunjukkan. Cukup sekadar imej dan sedikit cerita.
Ketika awal waktu ... sebelum ucapan di mulakan. Kawasan sudah di penuhi dengan para tetamu
DS Anwar memasuki stadium dan orang ramai mula berdiri ...
DS Anwar menuju ke pentas . ......
Bermula jam 8.00 malam, stadium mula di masuki oleh para penyokong dan tetamu yang datang entah dari mana. Sehingga sekitar jam 9.00 malam, stadium sudah dipenuhi dengan lapisan masyarkat berbilang kaum. Di luar stadium, berderetan kereta diletakkan di tepian. Motosikal bersimpang siur memasuki kawasan hadapan stadium. Anak muda memakai pelbagai rekabentuk T Shirt yang menarik. Antaranya Geramm, AIC, Keadilan dan sebagainya. Semuanya nampak garang dan bersemangat.
Setelah stadium penuh, ucapan aluan dari Shamsul Iskandar di ikuti dengan Sivarasa dan Azmin Ali. Ketika Azmin menyampai kan ucapan, kelihatan deretan ajk keselamatan mengambil tempat membina laluan di tengah tengah Stadium dari pentas menghala ke pintu utama, menandakan DS Anwar akan hadir. Sejurus Anwar memasuki Stadium, keadaan menjadi riuh rendah. Semua makhluk yang berada di dewan bangun serentak mahu melihat susuk tubuh Pemimpin Rakyat.
Setiba DS Anwar di atas pentas, lagu Negaraku di alunkan. Ketika itu aku rasa bagaikan mahu menitiskan air mata. Terasa bersemangat dan aku ingat pada mak kat kampung. Nostalgik gak lagu tu. Sesudah itu, lagu KEADILAN di nyanyikan beramai ramai ....
Sesudah itu, Azmin menyambung ucapannya dan selepas selesai ..... DS Anwar mula memberikan ucapan. Seperti biasa, ucapannya bersemangat dan sudah kerap aku dengar sejak akhir akhir ini. Ada lucu, kelakar, sedih, terharu di dalam penyampaian mesej mesej beliau. Banyak nama yang disebut dan setiap topik akan memaparkan imej imej 'wanted' di belakang skrin yang besar. Diantara wajah yang di BOO adalah Gani 4 tahil, Musa Hassan, Najib, Rosmah dan Saifool yang di kenali sebagai 'jejak tulen yang mengaku di liwat'. Setiap kali wajah wajah ini terpapar .... orang ramai akan menjerit dan tak kurang juga yang 'Booo !!!". Aku antaranya ....
Pelbagai topik dan pelbagai reaksi kelihatan. Antara perkataan yang aku cukup minat adalah .... "Kepala bapak kau !!!" dan "lawan tetap lawan". Kedua dua ungkapan ini akan di sambut dengan jeritan dan laungan bersama. Kedengaran juga suara suara nakal, 'Takbir', 'Hindraf' dan "makkal sakthi" di laungkan oleh para hadirin. Sungguh bersemangat. Ada kalanya, reaksi beliau bertukar bengis apabila cerita tentang ugutan dan gangguan pihak pihak tertentu terhadap isteri beliau, Azizah dan anak nya Nurul. DS Anwar minta untuk musuh menentang beliau seorang tanpa membabitkan dua nama tersebut.
Agak lama juga ucapan beliau kali ini dan apabila kelihatan petugas membuat semua barisan di tengah stadium, menunjukkan ucapan beliau akan berakhir. Sebelum tamat, sekali lagi lagu Keadilan di nyanyikan bersama. Diantara senikata yang aku ingat ...... "membujur lalu melintang patah" dan yang lain tu aku cuma gerak gerakkan bibir jer. Orang lain tentu ingat aku hafal ..... Sebelum beliau turun, laungan Reformasi sebanyak 3 kali menggegarkan stadium Melawati.
Sejurus aku keluar, kelihatan polis berada di sekitar kawasan. Yang memakai baju seragam dengan bermacam macam pangkat .... tapi gua sikit pun tak pandang.
Apa yang menarik untuk diberitahu adalah, jumlah keadatangan 10,000 orang yang dilapurkan oleh media media tempatan adalah tidak benar sama sekali. Fakta sebenar, menurut MBSA, kerusi penonton di dalam stadium boleh menampung seramai 20.000 penonton. Pada malam tersebut, kerusi di belakang pentas, kosong. Tetapi lantai bawah di penuhi oleh orang ramai. Congak, kira, hitung, counting .... kedatangan hadirin adalah sekitar 20,000 atau kurang sedikit. So .... lebih kurang .... tapi bukan lah 10,000.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
1 comments:
Wow! ramainya orang. Hidup PR.
Post a Comment