Kos senggara Proton V6 di masa pemerintahan Idris Jusoh cukup tinggi. Ada khabar khabar dari Terengganu menyatakan punca kos meningkat kerana penjagaan kenderaaan EXCO di Terengganu tidak di pantau. Semuanya lepas tangan.
Mungkin ada pihak yang menggunakan V6 untuk repair kereta exco yang lain. Almaklum, Exco di Terengganu bukannya miliki hanya sebuah saja. Kerajaan beri sebuah, sementara milik peribadi ada beberapa buah lagi. Ada juga yang kata kesempatan digunakan oleh Pemandu kereta EXCO itu sendiri. Contohnya, Tayar masih boleh guna, tapi ditukar. Sparepart masih elok, tapi ditukar. Mungkin juga, tukar tidak, tapi bill dikeluarkan. Semua nya boleh berlaku kerana ianya tidak di pantau. Bila claim dibuat, kerajaan terus bayar tanpa usul periksa.
Bila Ahmad Said beli Mercedez dengan belanja RM3.43 juta, dia gunakan track record senggara V6 sebagai perbandingan. Proton sendiri sangkal kenyataan tersebut, tapi yang pasti, belanja dah keluar dan kerajaan negeri pun kena tanggung. Kalau penjagaan Proton v6 dibuat secara jujur dan telus, kos tidak sampai sebegitu.
Memang Proton v6 buat masalah. Banyak komen tentang sparepart yang tidak tahan lama dan gearbox nya tidak berkualiti, tapi kalau di tolak campur, V6 masih murah berbanding Mercedes. Jika benar Mercedez lebih murah pada segala galanya, sudah pasti rakyat malaysia yang mampu menggunakan V6, juga memilih untuk menggunakan Mercedez. Tapi realitinya tidak begitu. Kesimpulan di sini, Ahmad Said menggunakan kos senggara v6 yang tak telus untuk membeli Mercedez dan Idris Jusoh pada pemerintahan nya yang lepas tidak memantau proses senggara V6. Kesempatan yang diambil oleh UMNO, digunakan oleh kroni kroni mereka. Sementara kelemahan ini di ambil kesempatan oleh UMNO sendiri untuk menempelak kepimpinan lama mereka. Sedangkan ketika Idris Jusoh menjadi MB, Ahmad Said adalah salah seorang EXCOnya.
Bila cerita dan tersebar, persepsi rakyat sudah bercanggah. Baru mereka tahu apa yang kerajaan UMNO buat ketika dulu dan sekarang. Apa apa pun pendedahan yang berlaku, perlu diambil iktibar oleh rakyat bahawa selagi UMNO memerintah, rakyat terpaksa telan walaupun pahit. Rakyat terpaksa bayar atas apa juga kesilapan yang diorang lakukan. Dulu sudah silap, sekarang tak tentu betul.
Aku pernah pertikai tentang pilihan Mercedez sebagai kenderaan EXCO berbanding V6. Ahmad Said ada alasannya dan Shahrir Samad pula menyanggah pilihan Ahmad Said. UMNO kecoh antara mereka. Berkeras untuk menggunakan Mercedez untuk kenderaan EXCO sedangkan pilihan masih banyak lagi. Kenapa tidak memilih kenderaan Naza atau Toyota, mahupun Nissan jika Proton V6 punca banyak masalah. Ahmad Said masih mahu memilih Mercedez kerana dia sudah 18 tahun menggunakan jenama yang sama.
Tiba tiba ...... berita berikut keluar,
Maka, di dalam Ahmad Said mengkritik Proton dan pemerintahan Idris Jusoh, sekiranya TS Khalid bersetuju, Kerajaan Selangor bakal membuat pilihan yang bijak. Memilih untuk berada di tengah tengah. Tidak lebih dan tidak kurang, memilih Toyota dan bukannya Mercedez. Itu pun untuk menggantikan Proton v6 yang sudah 7 tahun di gunakan.
“Saya secara peribadi berasakan Toyota Camry pilihan terbaik dan ada mencadangkannya kepada Menteri Besar, tetapi beliau belum berkata ya atau tidak. Tetapi rasanya tiada sebarang bantahan, lagipun Toyota Camry lebih murah berbanding Mercedes,” katanya.
Beliau berkata kenderaan seperti Proton Perdana V6 Executive memerlukan kos penyelenggaraan tinggi dan mengalami masalah kerosakan berulang sehingga menyebabkan kos yang tinggi perlu dikeluarkan setiap kali dibaiki.
“Saya cadangkan Toyota Camry bukan sebab minat, tapi kita perlu kereta yang selamat memandangkan kami perlu ke sana ke sini untuk menjalankan tugas,” katanya. - Mymetro
0 comments:
Post a Comment