Umeloya | Nur Redzwana Nadila Refflis, remaja yang hilang sejak 12 hari lalu ditemui dalam keadaan tidak bermaya di sebuah rumah di Sintok, Kedah pada tengah malam Selasa lalu.
Bapa remaja itu, Refflis Mohd. Ismail ketika ditemui berkata, anak gadisnya itu ditemui hasil maklumat penduduk kawasan berkenaan.
Beliau kemudiannya pergi mengambil anaknya di rumah itu yang penghuninya tidak beliau kenali.
Setelah berita kehilangan Nur Redzwana, 15, disiarkan melalui media massa, keluarganya menerima lebih 12 panggilan daripada pihak yang menyatakan ternampak kelibat gadis berkenaan.
Refflis yang ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di mana anaknya sedang dirawat, percaya anak gadisnya berada di rumah berkenaan sejak kehilangannya.
Namun beliau bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan anaknya dan berterima kasih kepada semua pihak yang bersimpati dan membantu mengesan anaknya.
"Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan pertolongan yang telah diberikan semua pihak", katanya. ... selanjutnya.
Jul 25, 2008
Remaja hilang ditemui tidak bermaya
Labels: Hilang anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment