Polis nafi dedahkan rakaman CCTV imej Anwar ketika ditahan
Uloya | Polis menafikan akan mendedahkan kepada umum rakaman kamera litar tertutup (CCTV) imej Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), pada 16 Julai lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis tidak akan menyiarkan rakaman berkenaan kerana tidak perlu berbuat demikian.
"Tidak ada...polis tidak ada rancangan seperti itu," katanya diminta mengulas laporan protal berita 'The Malaysian Insider' bahawa difahamkan polis sedang menimbang menyiarkan rakaman terbabit bagi menunjukkan layanan diberikan kepada Anwar ketika ditahan di IPKKL.
Menurut laporan yang disiarkan semalam, tindakan itu mungkin akan dibuat dalam tempoh 48 jam untuk mematahkan dakwaan Anwar yang mendakwa dilayan dengan buruk ketika ditahan.
Jul 25, 2008
Polis rakam Anwar dalam lokap?
Labels: Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment