KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 20, 2008

Anwar pertahan ditelanjangkan, PM jamin Musa, Gani tidak campuri siasatan



MStar | Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas tuduhan meliwat, tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.

"Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di kampung Razali, dekat sini, malam Sabtu.

Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.

"Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan," kata Anwar.

Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.

Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu," kata Dr Zaininah dalam kenyataan semalam.
... selanjutnya.

1 comments:

bidaralina said...

Kita rasa tak apa bila DSAI dimalukan dengan dakwaan liwat berulangkali tanpa sahih. DSAI, keluarganya, orang Malayu, Islam dan rakyat Malaysia bermaruah terasa malu amat sangat dengan isu ini.

Tetapi DSAI sekadar memaklumkan ia ditelanjang, orang terlibat tersinggung dan menyanggah balik.

Nak pertahan apa? Kita dah dengar lebih teruk daripada telanjang. Orang kena tuduh dirogol, buat ketuk ketampi bertelanjang (perempuan) dan bunuh pun ada (Aminah Shariibu). Siapa nak percaya lagi! Bila masuk tangan penguasa semua boleh jadi. Nak pertahan apa?

Posting terkini

Blog Archive