dihantar http://bulanpenuh2012.blogspot.com
Sebelum kita pergi lebih jauh, saya sebenarnya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery kerana telah menunjukkan keberanian yang tinggi menerima jemputan perdebatan ini. Beliau sekurang-kurangnya pemimpin yang berani daripada pihak kerajaan yang mana yang lain 'menyorokkan' kepala apabila dicabar pihak pembangkang untuk berdebat. Sebilangan yang lain pula hanya pandai bercakap 'berapi-api' dalam Parlimen tetapi senyap untuk berdebat satu lawan satu.
Kedua yang harus di puji adalah moderator utama Datuk Johan kerana bijak mengawal pada malam ini dan tidak menanyakan soalan-soalan 'budak sekolah' seperti wawancara dengan Tan Sri Dato' Sri Hassan Marican baru-baru ini.
Yang menghampakan saya ialah Tan Sri Dato Dr Nordin Kardi, Assistant Moderator yang seperti ingin mengisi slot untuk dirinya dan tidak melambang seperti 'taraf' akademiknya. Beliau seperti Anwar telah bagitahu, seperti tidak ingin menanyakan soalan tetapi ingin 'menunjukkan kepandaian' dengan menerangkan isu-isu yang ramai orang telah tahu sebenarnya. Cth ialah IPP dan Oil&Gas pun tak boleh dihubungkaitkan. ( Anak Kematian Bapa- Bahagi Harta…. What the hell is this….)
Yang (kedua) menghampakan saya ialah Datuk Ahmad Shabery yang banyak menyerang Anwar dan bukan menanyakan mekanisme yang Datuk Sri Anwar akan buat untuk menurunkan harga. Habis semua sejarah lama diulanginya dan ini menampakkan 'kecetekkan' idea beliau yang mana rakyat akan menganggap tuduhan kepada Anwar adalah satu isu lama, kira macam tertembak diri sendiri ler.
Yang (ketiga) menghampakan saya terlalu banyak PETRONAS disebutkan oleh Datuk Ahmad Shabery kerana sebenarnya PETRONAS kurang relevan (minima) dalam isu perdebatan ini kerana PETRONAS telah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi pulangan yang besar kepada Kerajaan. Yang perlu diterangkan ialah apa Kerajaan telah buat terhadap duit PETRONAS yang diterima kerana Datuk Seri Anwar juga ada berkata, pengurangan beban Rakyat akan dilakukan dengan guna duit royalti daripada PETRONAS juga.
Yang mengarut : Isu demonstrasi dibangkitkan, isu konsert perhimpunan Protes tempoh hari, isu harga dengan TNB (zaman Tan Sri Ani) ~ takde la pulak isu 'traffic jam' dalam Kuala Lumpur ..
Yang hebatnya ialah Datuk Sri Anwar telah menemplak … isu perkataan subsisdi yang dianggap SUSAH oleh kerajaan sekarang (untuk kebaikan rakyat semua sebenarnya) tetapi senangnya perkataan "Bail Out" , " menolong syarikat2 ", "menyelamat" syarikat GLC yang mungkin hanya membantu sebilangan yang kecil sahaja.
Yang (kedua) hebatnya Anwar masih dapat bersabar dengan tohmahan Shabery terhadap dirinya dan tidak membalas (ada, tetapi indirect seperti Shabery pernah mendokong Semangat 46 dahulu).
Yang (ketiga) hebatnya pengetahuan dan penjelasan Anwar terhadap mekanisme ekonomi Malaysia yang dijangka semakin parah dalam tempoh dua bulan lagi sekiranya tiada apa-apa yang dilakukan terhadap dasar-dasar ekonomi negara.
Yang (keempat) hebatnya DSAI yang pergi bersalam dengan Datuk Ahmad Shabery dan tidak sebaliknya. (Nampak sangat 'humility' in DSAI)
Kesimpulannya: Maaf, Datuk Ahmad Shabery bukan lawan Datuk Seri Anwar , DSAI menang tanpa kiraan semula dan saya kira tiada siapa yang meraguinya.
Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shabery hanya dua (**) saja.
Jul 16, 2008
Anwar Unggul dalam Perdebatan dengan Ahmad Shabery
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Shabery Cheek, Debat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
aku rasa terkilan sebab kedua-dua mendebat dgn gaya samar-samar.
kenapalah depa dua ni tak buat perbandingan yg mudah untuk dipahamkan.
contoh : untuk setiap sepuluh sen harga bahanapi diturunkan, tahukah anda berapa perbelanjaan yg gomen kena keluarkan?
contoh : untuk setiap RM100 yang Petronas untung, berapa RM yang depa mampu untuk pulangkan kpd rakyat sebagai subsidi bahanapi?
contoh : Tun Mahathir kata kerajaan Cash Rich dengan jualan petrol bila harga minyak naik. Tun anggarkan ada RM60 Billion setahun yg kerajaan boleh guna utk itu ini.
tapi yg paling aku kesalkan ialah, kenapa tidak ada mekanisme utntuk memantau harga barang keperluan? sekalipun harga bahanapi naik, sekurang2nya beban rakyat tidak terlalu berat kalau kerajaan KONTROL harga barang dan perkhidmatan. bila harga barang GAGAL dikawal, maka macam DSAI kata --- lagi 2 bulan kita hancusss !!!
enter Sandman ...
Post a Comment