KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 20, 2008

Bekas pengurus Pos Malaysia pecah amanah RM95000

Sambil menangis teresak-esak dan menyatakan rasa kesalnya, bekas pengurus Pejabat Pos Putrajaya, Zaharah Jaafar, merayu mahkamah menjatuhkan hukum paling ringan kepadanya setelah dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pecah amanah RM95,000.

“Saya insaf dan kesal dengan apa yang terjadi, saya hilang segalanya dalam hidup, saya merayu mahkamah menjatuhkan hukuman seringan yang mungkin kerana tidak mempunyai duit satu sen pun,” katanya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Zaharah, 45, kemudian ditenangkan Hakim S M Komathy Suppiah, yang menjelaskan bahawa beliau tidak perlu risau kerana hari ini hanya untuk menentukan wang jaminan dan belum menjatuhkan hukuman. - BHarian

1 comments:

Master Yoda said...

Nangis ye kak...

Wat salah hari tu,tak ase tkut plak

Bertaubat la ye...

Ketahuilah,ALLAH Maha Penerima Taubat...

Posting terkini

Blog Archive