Bersungguh sungguh menjadi saksi ... nah ini dia habuannya. Baru beberapa hari selepas imam umno ni menjadi saksi sudah naik pangkat dan hebatnya imam ni pulak ....... ada laman friendster .... pecah perut aku ketawa.
Korang check artikel perisikrakyat.
NAK BLOCK BUAT APA.
1 hour ago
1 comments:
'Seks & duit': 2 exco Perak dicekup BPR..TAHNIAH utk PR..
Aug 20, 08 12:19pm
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.
Kedua-duanya adalah Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) (kanan) - exco pelancongan, modal insan dan NGO - dan Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - exco pembangunan usahawan, pertanian dan perdagangan.
Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57 tahun.
Manakala Jamaluddin (fot, kanan sekali) ditahan pada jam 10.30 pagi ketika dia menyerah diri kepada BPR. Dia diteman peguamnya.
Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.
Menurut kenyataan BPR, mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.
Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga.
Difahamkan, dua ahli exco yang ditahan itu, tidak terbabit dalam rasuah seks.
Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.
Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.
Kesemua mereka menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.
Manakala Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung rasuah kewangan dan skandal seks.
Difahamkan lima daripada mereka ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan. Mereka belum lagi didakwa di mahkamah.
Manakala Jamaluddin, yang ditahan untuk disoalsiasat, dijangka dibawa ke mahkamah esok. Sebelum ini, BPR telah memintanya menyerah diri selepas penahanan lima orang lagi pada jam 6 petang semalam.
Post a Comment