parlimen-pengerang | Kira-kira 40 orang dari Parlimen Pengerang telah hadir di Pematang Pauh untuk memberikan sokongan moral kepada calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah semasa hari penamaan calon Sabtu lalu.
Mereka yang hadir pada pagi itu merasakan seolah-olah berada di tengah-tengah medan peperangan apabila melihat penyokong Keadilan dan Pas yang penuh beremosi dan melampau.
Mereka bukan sahaja telah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista kepada penyokong Barisan Nasional yang lalu, tetapi juga memprovokasi para wartawan. Tindakan tidak bertamadun mereka ini bukan sahaja boleh menaikkan kemarahan tetapi sekaligus mampu mencetuskan pergaduhan
Md Saleh Md Nor, 57 adalah salah seorang mereka yang hadir berkata, dia menyaksikan sendiri bagaimana makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang agak berumur memaki hamun penyokong Barisan Nasional yang menuju ke tempat penamaan calon.
“Saya menjadi gerun dan takut, apabila mereka yang sebaya dengan ibu dan bapa saya ini memaki hamun kami yang memakai lambang Barisan Nasional.
“Walaupun kami hanya membalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih, mereka tetap dengan kata-kata nista bagi menaikan kemarahan kami. Atas faktor keselamatan kami terpaksa menanggalkan semua lambang Barisan Nasional bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini” katanya.
Azmee Khan Amzah, 42 pula berkata dia dan 4 rakan yang lain terpaksa pergi ke gerai yang berhampiran untuk membeli kopiah. Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka dari di apa-apakan oleh penyokong pembangkang yang kelihatan seperti tidak dapat mengawal diri.
“Sepanjang pengalaman saya membantu jentera Barisan Nasional semasa pilihanraya, pengalaman ini adalah yang paling menakutkan dan mengerikan.
“Dengan pengalaman ini saya dan rakan akan memastikan pembangkang tidak bertapak di bumi Pengerang. Pengalaman di Permatang Pauh ini, cukup mengajar kami untuk bersyukur kerana situasi seperti itu tidak pernah berlaku di Pengerang” ujarnya lagi.
Yang paling menyedihkan apabila melihat Melayu sesama sendiri bergaduh hanya kerana berbeza ideologi politik. Sedangkan bangsa lain walaupun berada di dalam kem pembangkang hanya melihat dan tersenyum. Inilah nasib orang Melayu. Menang sorang kampung tergadai.
no2umno - UMNO terpaksa berlindung di sebalik kaedah berpakaian PAS untuk elak di maki. Kalau ianya dulu berlaku kepada PAS dan KEADILAN, kini keadaan sudah bertukar. Siapa ajar?
Melayu yang ngeri adalah melayu yang dulunya senang dan tidak ingat pada bangsa Melayu yang lain. Melayu yang marah dan memekik pada kali ini adalah Melayu yang dulu susah dan sekarang cuba untuk ubah kerajaan. UMNO awas .... anda tiada tempat lagi di sini.
NAK BLOCK BUAT APA.
1 hour ago
4 comments:
Ntah betul kata ntah tidak kata mamat dalam gambar tu. Muka dia pun aku dah menimbulkan keraguan pada aku.
betullah eh!.tak nampak seri walaupun pakai ketayap....atau dia letak kuih ketayap atas kepala dia kot...mamat ni memang tak boleh caya!
Apakah mereka lupa apa yang berlaku di Pilihanraya Kecil Ijok..??
Penyokong PR dikepung oleh penyokong BN diketuai oleh KJ mengutuk penyokong PR...??
Apakah mereka lupa...???
Melayu Umno memang mudah lupa..
Apa kah mereka lupa di Lubuk Merbau,penyokong Pas di pukul sampai mati,apakan mereka lupa Samad Gol Ahmat di kapak,TGNA satu ketika di serbu olih Pemuda Tahan Lasak,sahingga hilang kasut untuk menyelamatkan diri,Ibrahim Libya di serang bagaikan Kominis,dan banyak lagi...................!!!
UMNO buta mata hati,tak pernah nampak kesalahan sendiri.
Post a Comment