Sedang kita sibuk dengan Pilihanraya Permatang pauh, BPR pula sibuk mencipta headline akhbar akhbar untuk larikan fokus rakyat kepada isu berkaitan kepimpinan Barisan Nasional.
1. Agendadaily mengadakan DEBAT, 2. polis menangkap Ketua Keadilan Batu kerana kesalahan yang mereka tidak lakukan dan 3. BPR menahan EXCO Perak dengan alasan rasuah dan seks. Berita berita ini menjadi tajuk penting dan meminggirkan kes Saiful yang bercanggah fakta di dalam kenyataan Sumpahnya.
Aku masih percaya 10 tipu perlu untuk menutup 1 tipu. Dan oleh itu, kenyataan Saiful yang tersasul sasul dan kekeliruan tentang identiti Ramlang Porigi adalah punca kenapa BPR terpaksa menangkap dan menahan Exco Perak sebagai penutup kes yang tempang faktanya.
Kini semua orang sudah tahu tentang status diri si mamat yang berpakaian ala imam itu sebenarnya hanyalah Pembantu Hal Ehwal Islam. Sila rujuk [ sini ]
Seperti yang diberitahu oleh Topeng Perak ... acara angkat sumpah Saiful walaupun kononnya tidak diketahui ramai, sememangnya sudah di beritahu terlebih awal oleh Puak UMNO di Permatang Pauh menyebabkan jentera pilihanraya bersedia telah bersedia lebih awal dengan peralatan tayangan di luar bilik gerakan masing masing sebelum acara angkat sumpah lagi dan sejurus angkat sumpat di buat ... seluruh bilik gerakan sudah bersedia menerima video clip Sayfool untuk tujuan di tayangkan kepada orang ramai.
Turut di dedahkan juga bahawa yang terdapatnya krew video yang siap sedia untuk mengambil sketsa angkat sumpah saiful berada di masjid yang sama. Kehadiran wartawan telah mengejutkan mereka yang berada di masjid yang sama dan kerana itu acara angkat sumpah Saiful menjadi tergagap gagap, walaupun semuanya sudah ditulis.
Sekiranya hanya krew video yang dilantik oleh keluarga Saiful sahaja, sudah pasti ianya berjalan lancar kerana proses edit dibuat terlebih dahulu sebelum di edarkan ke semua bilik gerakan UMNO di Permatang Pauh.
Kini rakyat Permatang Pauh sudah mendapat maklumat terkini konspirasi sumpah laknat tersebut melalui ceramah dan adegan itu tidak lagi tersiar di dalam berita mahupun kain layar di bilik gerakan. Bimbang dengan keadaan itu, pihak POLIS telah memberikan larangan berceramah tanpa permit pada hari berikutnya dan seterusnya memaksa BPR mencipta satu lagi isu yang tidak kurang menarik untuk dihidangkan kepada pengundi di sana, EXCO KEADILAN DI TANGKAP kerana rasuah dan seks. Sedangkan projek itu tidak pernah ujud dan tidak pernah di luluskan oleh EXCO Perak.
Kalau anda berkunjung ke Permatang Pauh .... anda akan di kejutkan dengan manifesto Anwar Ibrahim yang cukup berani melibatkan perubahan di dalam organisasi PDRM. Teman teman di sana telah membuat panggilan talipon memberikan butiran ringkas tentang manifesto tersebut dan ini menambah bimbangkan lagi beberapa pihak untuk terus menghalang Anwar Ibrahim dari memenangi Pilihanraya Permatang Pauh.
Usaha BPR adalah satu dari senarai strategi yang dirancang oleh UMNO selepas Sumpah Lakhnat Sayfool. Ada banyak lagi yang akan menyusul dan cukup membimbangkan, apa kah langkah mereka seterusnya? Mungkin pilihanraya nanti akan menjadi lebih bercelaru dengan nama pengundi yang tunggang langgang dan berserakan? Belum di campur dengan undi pos yang berlipat kali ganda dan gejala satu pengundi mengundi di banyak tempat. Itu semua sudah menjadi routine UMNO ketika pilihanraya.
Dah kubilang dan perlu di tanam di dalam minda bahawa Kalau tak tipu ..... bukan UMNO. Kalau tak bohong .... bukan BN.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
16 minutes ago
0 comments:
Post a Comment