Macam biskut .... sekejap ada, lepas tu tak der.
Hanafi Mamat adalah calun ke 3 yang menyertai pilihanraya Permatang Pauh. Di datangkan istimewa dari Kelantan melalui tiket Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (AKIM). Sedikit kekeliruan tentang AKIM adalah terdapat dua nama .... satu lagi, Angkatan Keadilan Rakyat Malaysia yang juga di gelar AKIM. Rujuk SINI.
Ada yang menjadi persoalan selain dari kehilangan beliau sehingga sekarang, antaranya adalah, kenapa datang dari Kelantan dan mengapa berpakaian ala penyokong PAS?
Kalau Dr. Mansor Osman di akui sebagai calun penyelamat kepada DS ANwar Ibrahim, maka siapakah Hanafi Mamat ini?
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya. Di permatang Pauh, anggapan penduduk terhadap Hanafi Mamat adalah sebagai calun yang di taja oleh UMNO untuk tujuan memecah undi. Berpakaian seperti ahli PAS untuk mengelirukan penyokong PAS di sana dan datangnya dari Kelantan menguatkan lagi anggapan bahawa beliau adalah calun yang dihantar oleh parti dominan negeri Kelantan, PAS.
Selain dari memecahkan undi beliau juga bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat terutama PAS dan KEADILAN ... namun strategi ini GAGAL.
Apa yang berlaku?
Sehingga sekarang beliau mendiamkan diri. Kalau di bandingkan dengan Cik Maimun yang bertanding di Terengganu atas tiket KUNCI pada Mac lepas, prestasi kempen Hanafi mamat jauh ketinggalan, walaupun Cik Maimun sekadar berkempen menunggang basikal sambil menjual kain.
Rindu gak dah lama tak dengar nama Cik Maimun.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
55 minutes ago
0 comments:
Post a Comment