bernama | Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta supaya kerajaan dan polis membebaskan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Anggota Parlimen DAP, Teresa Kok yang ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau berkata, tindakan menahan mereka dilihat seolah-olah kerajaan dalam keadaan terdesak terutamanya menjelang tarikh 16 Sept ini, tarikh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan mengambil alih pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
"Sementara pemberita berkenaan hanya menjalankan tugasnya dan tidak sepatutnya beliau dipersalahkan," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.
Sehubungan itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti itu akan membincangkan mengenai perkara tersebut pada mesyuarat parti hari ini di Kuala Lumpur.
Kira-kira 100 pemimpin dan penyokong parti politik termasuk MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di luar perkarangan IPK sambil menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan wartawan itu.
Mereka berkumpul sejak pukul 9.30 malam sebaik sahaja mengetahui mengenai penahanan Tan oleh polis Bukit Aman di rumahnya di Bukit Mertajam pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Beberapa pemimpin PAS juga dilihat berada di kawasan itu.
Keadaan di situ terkawal dan anggota polis Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat turut berada di bahagian dalam IPK untuk mengawal keadaan.
NAK BLOCK BUAT APA.
48 minutes ago
1 comments:
Macamana Bukit Bendera boleh terlepas,dia yg berapi-api sangat tak kena!Kalau macam ni nampaknya makin hampir tamatlah riwayat BN.Bye Pak Lah!
Post a Comment