KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 16, 2008

Kg. Baru Plentong: 225 di tahan 2 cedera

Bhairan | ... Dua orang penduduk dikatakan cedera dan dimasukkan ke hospital kerana dikatakan bergelut dengan polis, namun Hassan tidak dapat membuat sebarang pengesahan mengenainya.

Kira-kira 300 penduduk kampung sebelum itu membuat benteng manusia bagi menghalang jentolak dari memasuki kampung itu seawal jam 8 pagi.

Selepas Ketua Polis Daerah Seri Alam, Suptendan Roslan Zainuddin memberi amaran bersurai sebanyak tiga kali, penduduk yang berdegil itu kemudiannya “dirempuh" anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Selepas penduduk berjaya disuraikan dan keadaan menjadi tenang, kakitangan Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Air Johor, Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri memulakan kerja meroboh pada jam 10.35 pagi.

Hassan berkata kerja-kerja meroboh hanya membabitkan 10 rumah yang dikosongkan penduduk sebelum ini.

“Kita telah berjaya meminta agar kerja meroboh sebanyak 291 rumah yang masih berpenghuni tidak dilakukan kerana tarikh pendengaran permohonan penduduk bagi menangguhkan pelaksanaan merobohkan tanah mereka ditetapkan mahkamah pada 29 Oktober ini,” kata Hassan.... selanjutnya.

no2umno - perbicaraan tak selesai ... kerajaan terus roboh. Nak gelembong apa lagi. Kalau dah BN ... sampai bila pun perangai cam British.

2 comments:

lipascongo said...

lagu yang den tujukan buek penyokong umno.....khas ei org2 umno johor....
sokong la lagi parti nyanyuk unta nie...
balasan ei sumo kono halau...
kalo asyik sebok nak jago bangso konon ei...
kao sumo kono halau....
baik boto hamid jilbab,wak sombab,shahir minyak,hisham koris...
sumo x buleh pakai....

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
HAsil mengalir ke tangan yang lain
Pribumii merintih sendiri

MAsa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tingal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa

Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYUkan gagah di Nusantara ......................

radenjowo said...

Kini kita cuma GILA kuasa
Yang akan merosakkan bangsa
Bersatulah hati bersama mati
Mari selamat kan diri
Kita sudah tiada masa

Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYU di halau ke belantara
.....................

Posting terkini

Blog Archive