tranungkite |" Saya mengenali Dr. Puad Zarkashi (DPZ) semasa di UM. Pernah memegang jawatan SU Agung PMUM awal 80-an. Bergiat cergas dalam gerakan mahasiswa dan tampil juga dalam unjuk rasa (isu Israel, pencabulan Amerika ke atas Lebanon, akta pertubuhan, dan macam-macam lagi..) Pokoknya dia adalah hero di kalangan mahasiswa. Pernah dia menjadikan sdr Anwar Ibrahim (DSAI) yang ketika itu Presiden ABIM sebagai idolanya.
DSAI menjadi pengetua di Yayasan Anda Akademik (YAA) Jalan Pantai Baru. YAA juga ada cawangan di Kg. Baru. Pernah juga menjadi tenaga pengajar di YAA Jln. Pantai Baru, bersama dengan Fuad Hassan (bekas ADUN Ulu Klang), Suhaimi Ibrahim (bekas ADUN Benta) Kamarudin Mohd. Nor (bekas ADUN Pasir Putih / pendaftar YAA), dan ramai lagi mereka yang bersama DSAI telah menjadi "orang yang bukan sembarangan" seluruh negara dan luar negara sebagai duta dan atase di MSD.
Masa TDM naik jadi PM (ambil alihdari almarhum Datu Hussein Onn), TDM panggil DSAI ke pejabatnya. Sejak itulah negara dikejutkan akan kemasukan DSAI ke dalam Umno dan serentak itu jugalah PAS dan penyokongnya begitu kecewa keran DSAI memilih jalan yang silap. DPZ juga adalah di antara orang yang paling kecewa sekali akan perkembangan DSAI memilih Umno bukannya PAS.
DPZ pernah membayangkan kepada kami dan rakan-rakan (ahli usrah di Abim) bahawa dia akan aktif dalam PAS. Kebetulan pula saya berpindah ke lain negeri, dan tidak kedengaran berita akannya kecuali pada pertengahan 1990-an ada bertemu DPZ di masjid UKM (sedang menyiapkan PhDnya). Selepas itu hilang lagi....seterusnya.
Oct 16, 2008
Puad Zakar shi pernah jadikan Anwar sebagai Idola
Labels: Badut UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment