KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 16, 2008

UMNO sendiri yang cabar hak Melayu



Hari raya aidil Fitri yang ke 16 .. .ini yang berlaku.

Penduduk Kampung Berembang, Rimba Jaya dan sekarang Kampung Pletong Tengah di negeri Johor adalah bukti kerakusan kerajaan Barisan nasional yang memerintah demi untuk wang dan kuasa. Persetan dengan bangsa Melayu, yang penting adalah saku.

Ahhh ... UMNO untuk bangsa Melayu !!! Untuk bangsa Melayu yang bagaimana? Adakah melayu yang agamanya Islam atau wajibnya dahi bertampal dacing, baru di gelar Melayu?

Yang menariknya, semua kejadian berlaku di bawah pemerintahan UMNO di setiap negeri. Parti yang kononnya perjuangkan bangsa sendiri. Terengganu, Selangor dan Johor. Mana lagi selepas ini?

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Kita cemburu dengan parti bangsa asing yang lain. Mereka berupaya perjuangkan bangsa mereka. Tapi tidak UMNO, parti yang di mulut nya manis, tapi di hatinya busuk membusung.

Hari ini ... di Johor, menyaksikan betapa kerajaan UMNO dan sejak dulu berbangga dengan pemerintahan yang tidak pernah bertukar, sudah merubah corak pemerintahannya. Bertambah ganas dan kurang ajar kepada bangsa nya sendiri.

Bila persoalan tentang penghakiman yang belum selesai, sedangkan tindakan sudah diambil .. .alasan mereka, cuma mahu robohkan 10 rumah yang tidak berpenghuni.

Rupa rupanya ... Kerajaan UMNO perlu FRU seramai 100 orang, polis seramai 200 orang dan jentera berat untuk merobohkan hanya 10 rumah.

Mungkin UMNO masih bingung berhadapan dengan bangsa Melayu sendiri. Mereka membayangkan bahawa diri mereka adalah jenerasi British yang menyerang bangsa Melayu sepanjang masa... Ada amanat Raja Raja Melayu.....

"Kenyataan akbar yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. - dipetik dari malaysiakini.
Siapa mahu jaga kepentingan rakyat berbangsa melayu?

Tiada lagi hari raya kerana ada yang tidak sabar mahu kaya.

1 comments:

Unknown said...

Bangsa mereka saja Melayu, mengaku beragama islam tetapi perangai dan perbuatan mereka adalah waris dajjal. Sebenarnya mereka tidak sedar yang mereka adalah Melayu dan Islam.

Posting terkini

Blog Archive