KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 21, 2008

'GIANT KILLER' being KILLED

Dijangka beberapa DUN dan Parlimen dijangka akan membuat bantahan terhadap perisytiharan yang dibuat oleh Idris Jusoh.

Idris Isytihar Calun Pilihannya - Pak Rosli Paling Sedih
The image “http://buletinonline.net/images/berita4/calunbn2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline.net
Kuala Terengganu, 20 Feb – Tindakan Idris Jusoh mengisytiharkan calun-calun pilihannya sendiri untuk bertanding bagi pihak UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum(PRU) ke 12 menjadi kejutan dan tidak diduga samasekali oleh ahli-ahli dan kepimpinan UMNO.

Selain majlis peristytiharan ‘kelam-kabut’ dan tanpa persiapan sewajarnya, calun-calun yang disenaraikan oleh Idris dilihat sebagai satu ‘hukuman bunuh’ kepada semua tokoh-tokoh yang dikatakan bermasalah serta peluang Idris untuk menghapuskan saingan dan ‘musuh’ politiknya.

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/calunbn1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Man Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang digugurkan dari sebarang senarai calun. Tokoh yang disebut-sebut sebagai ‘Giant Killer’, kerana menewaskan Presiden PAS di Parlimen Marang dalam PRU 11, 2004, adalah dianggap liabiliti oleh Idris Jusoh. Beliau digugurkan dari sebarang senarai calun baik DUN ataupun Parlimen.

Musuh politik Man Bakar, bekas Exco Pelajaran Negeri, Dato’ Dr Latiff, bekas ahli Parlimen Dungun Pak Rosli dan bekas Timbalan Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu juga mengalami nasib yang sama dengan Man Bakar. Manakala bekas Exco Pertanian Negeri Mad Jidin ditukarkan kepada kerusi Palimen Setiu.

Justeru ramai dikalangan orang UMNO dan PAS sendiri yang merasa pelik dan hairan terhadap tindakan Idris The image “http://buletinonline.net/images/berita4/calunbn4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.mengekalkan Ahmad Said di Kijal dan Rahin di Teluk Pasu, disamping membawa Nasir dari DUN Bukit Tunggal ke Parlimen Kuala Nerus dan mengekalkan Wan Hisham di DUN Ladang.

Majlis yang diadakan di rumah kediaman rasmi beliau di Batu Burok, hanya dihiasi dengan bendera ‘dacing’ yang di tampal di tepi dinding dengan keadaan bilik yang terlalu kecil dan tidak selesa. Semua media yang hadir merungut dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap majlis perisytiharan calun UMNO/BN yang kebiasaannya di buat di pejabat Perhubungan Negeri.

Antara mereka yang digugurkan, Pak Rosli kelihatan paling sedih. Mukanya berubah secara tiba-tiba apabilanya Idris mengumumkan Matulidi Jusoh, seorang yang tidak dikenali, menggantikan beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Dungun.

Walaupun Pak Rosli cuba menyembunyikan kesedihannya, namun ketika ditemubual media, jelas kelihatan, matanya menjadi agak merah, menahan perasaan. Beliau memang tidak The image “http://buletinonline.net/images/berita4/calunbn3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.menyangka bahawa Idris akan terus ‘membuang’ beliau keran sehingga malam kelmarin masih berlegar khabar yang beredar melalui SMS bahawa calun Parlimen adalah Pak Rosli.

Sementara itu beberapa DUN dan Parlimen dijangka akan membuat bantahan terhadap perisytiharan yang dibuat oleh Idris Jusoh. Antaranya DUN Seberang Takir, Parlimen Marang, Parlimen Dungun dan DUN Jabi.
Walaupun dihadapan media selepas Idris selesai membuat perisytiharan, masing-masing cuba menunjukkan air muka yang tidak menentang dan cuba berpuashati, namun jauh disudut hati masing-masing perasaan kelat dan pedih mencengkam disanubari.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive