KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 21, 2008

SUSAHNYA AKU NAK PERCAYA PADA POLIS

Jamin lulus permit ceramah
utusan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, selain memberi kelonggaran dalam pengeluaran permit, polis juga akan menimbangkan permohonan yang dikemukakan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, dalam membuat pertimbangan terhadap setiap permohonan, polis akan bersikap adil terhadap semua parti sama ada pemerintah mahupun pembangkang.

Bagaimanapun, beliau meminta semua parti politik atau calon yang bertanding supaya mengemukakan senarai penuh ceramah dan perhimpunan yang mahu dianjurkan sepanjang tempoh berkempen.

“Saya telah arahkan ketua-ketua polis negeri dan ketua polis daerah supaya berlaku adil dan luluskan semua permohonan mendapatkan permit ceramah sepanjang tempoh kempen.

“Bagaimanapun, mereka masih perlu memastikan lokasi setiap ceramah yang mahu diadakan tidak menggugat ketenteraman awam dan mengganggu lalu lintas,” katanya di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengenai senarai ceramah yang diminta polis, Musa menjelaskan, ia bagi memastikan tiada dua atau tiga ceramah anjuran parti berlainan diadakan bersebelahan yang boleh menyebabkan ketegangan atau pergaduhan antara penyokong.

Menurutnya, bagi ceramah di kawasan persendirian, parti terbabit tidak memerlukan permit tetapi penganjur mesti memastikan tidak lebih 20 orang awam menghadiri atau mendengarnya.

“Kalau lebih 20 orang awam dipanggil, walaupun ceramah di kawasan persendirian, mereka kena ada permit,” katanya.

No2umnO - Selain undang undang makin ketat dan berkempen di tempat sendiri pun kena pohon permit. Macam ada yang tak kena. Adil dan saksama? Boleh ke? Aku macam tak pernah nak caye pun. Kalau pasal politik, bila masa POLIS bertindak adil? Kalau BN dah tak der ...ada can

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive