KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 21, 2008

BOLEH PERCAYA KE KALAU PEMIMPIN SELALU BOHONG?

Susah nya nak percaya bila Dollah Badawi ex-perdana Menteri, cuba lapurkan kad lapurannya pada rakyat. Aku malas nak periksa betul atau tidak lapuran tersebut. Tapi yang ditulis pasti semuanya baik. Tiada yang tak maju, kecuali maju maju belaka. Seluk poket, tengok akaun bank. Kalau kita banyak duit, baik lah. Tapi kalau tidak, tepuk dada tanya selera. Tepuk dahi tanya diri.

Abdullah Beri Kad Laporan Kerajaan Kepada Rakyat


PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) -- Setelah wakil rakyat Barisan Nasional memberi kad laporan mereka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini Perdana Menteri memberikan kad laporan kerajaan pula kepada rakyat mengenai kejayaan negara sejak 2004 hingga 2007.

Abdullah hari ini berkata beliau bertanggungjawab untuk memberi kad laporan itu kepada rakyat.

"Anggota Parlimen kena beri report card kepada saya. Saya sebagai Perdana Menteri sebuah kerajaan yang diwujudkan dengan sokongan dan kehendak rakyat bertanggungjawab memberi report card tentang kemajuan yang dicapai oleh negara dari 2004 hingga 2007," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perhimpunan Setiakawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bersama Perdana Menteri di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya di sini.

Abdullah ketika memetik sebahagian daripada kandungan kad laporan itu berkata Keluaran Dalam Negara Kasar meningkat 18 peratus dari RM427 bilion pada 2004 kepada RM504 bilion tahun lepas. Kerajaan Barisan Nasional kini menghadapi pilihan raya umum pada 8 Mac untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat setelah mandat sekarang diperolehi pada pilihan raya umum 2004.

Abdullah berkata peningkatan KDNK itu melibatkan semua sektor termasuk pertanian moden, bioteknologi dan perbankan Islam.

Negara mencatatkan kedatangan 21 juta pelancong pada tahun lepas semasa program Tahun Melawat Malaysia, katanya.

Beliau berkata perdagangan antarabangsa pula meningkat 26 peratus dari RM881 bilion pada 2004 kepada RM1.113 trilion tahun lepas.

Pendapatan purata isi rumah meningkat dari RM3,249 kepada RM3,617 dalam tempoh itu, katanya. Perdana Menteri berkata bagi mengekalkan barang keperluan asas, kerajaan membelanjakan RM43.4 bilion dalam bentuk subsidi untuk menangani kenaikan harga barang.

Beliau berkata program transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya meningkatkan keuntungan serta memberi pulangan lebih tinggi kepada pemegang saham amanah.

Katanya lebih 204,000 industri kecil dan sederhana (IKS) dibangunkan sejak 2005 melibatkan pemberian pinjaman berjumlah RM107 bilion.

Kerajaan juga sedang melaksanakan lima pelan koridor ekonomi untuk menjana ekonomi dan membawa pertumbuhan ke seluruh pelusuk negara.

Indeks komposit Bursa Malaysia, katanya, meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah dengan peningkatan 161 peratus nilai pemodalan pasaran daripada RM460 bilion pada 2003 kepada RM1.2 trilion pada tahun lepas. Abdullah berkata defisit fiskal dikurangkan daripada lima peratus KDNK pada 2003 kepada 3.2 peratus KDNK tahun lepas.

"Simpanan matawang asing meningkat 120 peratus dari USD4 bilion kepada USD101 bilion," katanya.

Beliau berkata penarafan Malaysia dalam indeks daya saing global juga meningkat dari tangga 25 ke tangga 21.

Katanya contoh-contoh lain akan diumumkan satu per satu kelak agar rakyat sedar mengenai kejayaan kerajaan.

Beliau berkata kejayaann yang dicapai itu merupakan tambah nilai kerajaan terhadap segala kejayaan yang dicapai sebelum itu. "Kejayaan yang kita warisi selama ini, kita tambah nilai. Tambah nilai kepada perkhidmatan, produk dan pada diri sendiri. Ini peranan semua," katanya.

Dalam melahirkan lebih ramai Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, Abdullah memberi komitmen untuk melaksanakannya dengan lebih baik lagi di masa hadapan bagi menambah nilai terhadap kualiti dan kuantiti kumpulan itu.

Beliau berkata lebih ramai dalam kumpulan sedemikian dilahirkan sekarang berbanding dahulu.

"Dulu masa merdeka, di Kepala Batas cuma ada dua usahawan Bumiputera sahaja. Seorang membuka restoran dan seorang membuka kedai runcit," katanya.

Abdullah berkata usaha menambah nilai dan mutu kumpulan itu tidak perlu dipohon kerana ia menjadi tanggungjawabnya untuk berbuat demikian.

"Tiada halangan, rintangan dan cabaran yang tidak boleh ditanggani. Yang ada peluang-peluang yang mesti kita rebut untuk menjadi lebih maju," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive