KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 21, 2008

UMNO KOTA MELAKA KECOH

Ahli Umno Kota Melaka protes Amid Nordin tidak dicalonkan
Zaili Muhammad
harakahdaily

MELAKA, 21 Feb (Hrkh) - Pergolakan dalaman Umno Kota Melaka semakin memuncak sehingga akhirnya semua bilik gerakan Umno/BN di dalam DUN Telok Mas telah diarahkan ditutup berikutan penyingkiran penyandangnya iaitu Dato' Wira Amid Nordin.

Tinjauan Harakahdaily mendapati semua bilik gerakan Umno/BN DUN Telok Mas yang telah dibuka dan dilihat sentiasa sibuk 24 jam telah ditutup serta-merta dua hari sebelum pengisytiharan calon BN oleh Dato' Seri Mohd Ali Rustam.

Pusat bilik gerakan utama di persimpangan tiga jalan Kampung Alai bukan sahaja ditutup malah bendera-bendera Umno/BN yang banyak dipasang di situ telah dicabut kembali oleh para petugas Umno yang difahamkan adalah penyokong kuat Amid Nordin.

Mereka melakukan tindakan demikian kerana tidak berpuas-hati ke atas penguguran Amid sebagai calon yang mereka rasakan lebih layak.

Begitu juga, bilik gerakan Peti Undi (PU) mereka di Pernu, Taman Telok Mas, Jalan Lama Telok Mas, Alai, Permatang Pasir dan Padang Temu telah berkunci serta tiada kelihatan seorang petugas pun di situ.

Penggantinya ialah Dato' Latif Tamby Chik adalah merupakan pemangku Ketua Bahagian Kota Melaka yang diamanahkan memimpin bahagian tersebut setelah Amid yang juga Ketua Bahagian dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana disabitkan dengan rasuah pada pemilihan Umno Bahagian.

Sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa Dato' Latif tidak begitu dikenali dan disenangi oleh penyokong Umno DUN Telok Mas yang kebanyakannya mengharapkan mendapat calon daripada anak tempatan bagi mewakili mereka pada kali ini. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive