KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 21, 2008

KAWAL KESELAMATAN ATAU MERUSUH?

4 juta ahli silat lincah bantu BN
lincahtaiping.

KUALA LUMPUR: Lebih empat juta ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) dan Majlis Seni Bela Diri Negara (Marcil) akan membantu semua calon Barisan Nasional (BN) ketika tempoh berkempen sehingga hari mengundi 8 Mac depan.

Mahaguru dan Pengasas PSSLM, Datuk Omardin Mauju, berkata peranan itu sebagai tanda taat setia pertubuhan itu dan Marcil pada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya akan hadir ketika penamaan calon BN di Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang dan seorang Pemangku Guru Muda akan membantu ketika penamaan calon di Parlimen Pekan, Pahang untuk memastikan kemenangan BN.

“Kita juga akan bersama calon BN lain. Ini adalah sokongan padu kita kepada negara yang kita cintai. Kita sentiasa mempunyai keyakinan kepada kerajaan pimpinan Pak Lah (Abdullah) dan Datuk Seri Najib Razak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Omardin yang juga Pengasas Marcil berkata, Marcil akan meminta semua Naib Presidennya, daripada kaum Cina dan India untuk membantu kempen BN atas dasar perpaduan yang menjadi tulang belakang tertubuhnya majlis berkenaan.

“Tidak kira calon BN itu orang Melayu, Cina atau India, PSSLM dan Marcil akan menyokong semua. Kita berjanji untuk bekerja kuat bagi membolehkan calon BN mencapai kemenangan,” katanya.

“Sebagai panglima silat dan seni bela diri, kita sentiasa menghayati zaman Hang Tuah yang memberi taat setia kepada Sultan Melaka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Marcil, Datuk Dr Rahman Ismail berkata, kesediaan dan kesanggupan ahli Marcil turut membuktikan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India mengamalkan semangat perpaduan yang tinggi selain ingin membantu kemenangan BN pada pilihan raya kali ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive