KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 21, 2008

Khir Toyo Kekal Bertanding Di DUN; Dr Rozaidah, Dr Rahman gugur

Dr Rozaidah Talib dan Dr Rahman Ismail penyandang kerusi Parlimen Ampang Jaya dan Gombak digugurkan, dipercayai ekoran isu moral yang didedahkan Harakah
detikdaily

SHAH ALAM, 21 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang untuk pilihan raya kali ini, melenyapkan spekulasi bahawa beliau akan bertukar ke kerusi Parlimen.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pula kekal bertanding bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang, dan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Noriah Kasnon kekal di kawasan Parlimen Sungai Besar, manakala Datuk Mohd Zain Mohamad pula bagi kerusi Parlimen Sepang.

Dalam sidang akhbar bagi mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) negeri di pejabat Umno Selangor di sini hari ini, Dr Mohamad Khir bagaimanapun tidak mengumumkan calon BN bagi kerusi Parlimen Selayang. Penyandang bagi kerusi itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy.

Beliau berkata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Aziz Shamsudin kekal bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Markiman Kobiran kekal di kerusi Parlimen Ulu langat.

Tempat bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Shafie Salleh di kawasan Parlimen Kuala Langat akan diganti oleh Sulaiman Kabri, manakala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ong Tee Keat kekal bertanding di kerusi Parlimen Pandan.

Turut kekal ialah Ch'ng Toh Eng bagi kerusi Parlimen Klang, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan keluarga Datuk G Palanivel bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datin Paduka P.Komala Devi bagi kerusi Parlimen Kapar dan S.A. Vigneswaran bagi kerusi Parlimen Kota Raja.

Sementara itu, Menteri Besar juga mengumumkan pencalonan Roslinda Abdul Jamil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Klang menggantikan Datuk Zakaria Mat Deros yang mencetuskan isu kerana membina banglo mewah di Pandamaran tanpa terlebih mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Roslinda merupakan menantu kepada Zakaria.

Mengulas pencalonan itu, Dr Mohamad Khir berkata pencalonan Roslinda bukan atas sifatnya sebagai menantu Zakaria, tetapi berdasarkan prestasi khidmatnya dalam parti sebagai anggota Puteri Umno dan mendapat sokongan di peringkat akar umbi.

No2umnO - Berita penang tadi menunjukkan kumpulan ahli UMNO Shah Alam telah berpiket membantah pencalunan semula Aziz Shamsuddin yang daikatakan sebagai pemimpin yang lembab dan lemah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive