KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

DEB: DASAR EKONOMI BAPAK KO !!!

Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, DAP boleh berbuat apa sahaja kerana langkah itu adalah hak kerajaan negeri pimpinan DAP yang turut mendapat sokongan orang Melayu dalam parti pembangkang Pas dan PKR.

‘‘Kita tidak boleh salahkan kerajaan baru itu (DAP) kerana itu hak mereka yang tidak melibatkan Kerajaan Persekutuan tetapi saya menyalahkan orang Melayu dalam Pas dan PKR.

‘‘Mereka mengkhianati perjuangan dan semangat DEB yang selama ini bertujuan membangunkan bukan sahaja orang Melayu, tetapi semua rakyat Malaysia.

‘‘Mereka kena jawab dengan orang Melayu lain,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Bernama

Kalau orang tu baik, kita boleh buat 10 kali baik. Tapi kalau orang tu kurang ajar, kita boleh buat 10 kali kurang ajar. Aku tak pernah rasa jasa baik Nazri Aziz, kecuali jadi barua di dalam dewan parlimen. Apa yang melayu dapat dengan DEB?

Dah 50 tahun memerintah, Melayu kat takut ke 3 sekarang, paling miskin BRO. So sapa yang dapat manafaat dengan DEB, kalau bukan pengkhianat pengkhianat yang macam si Nazri Aziz ni.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive