KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

TAKBIR !!!

018.jpg

Nik Aziz Dilantik Menteri Besar Kelantan Untuk Penggal Kelima



KOTA BAHARU, 11 Mac (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima watikah pelantikan Menteri Besar daripada Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra di Istana Negeri, di sini, malam ini.

Nik Aziz, 77, kekal menjadi Menteri Besar Kelantan untuk penggal kelima, sejak PAS menerajui negeri pada tahun 1990.

PAS terus menguasai Kelantan buat penggal kelima berturut-turut setelah ia bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum minggu lepas.

PAS mencatatkan kebangkitan mengejutkan dengan pencapaian jauh lebih baik berbanding pilihan raya umum lalu apabila memperolehi 38 daripada 40 kerusi yang ditandingi manakala PKR memenangi satu daripada lima kerusi yang ditandingi.

Bagi kerusi Parlimen pula PAS menguasai sembilan kerusi, PKR (3) manakala BN hanya 2 kerusi melalui Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya mengekalkan kerusi Gua Musang dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed (Jeli).

BN hanya memenangi enam kerusi DUN iaitu Pengkalan Kubor melalui calonnya, Datuk Norzahidi Omar, Kuala Balah (Abd. Aziz Derashid), Nenggiri (Mat Yusof Abdul Ghani), Paloh (Datuk Norzula Mat Diah), Kok Lanas (Datuk Md Alwi Che Ahmad) dan Bukit Bunga (Adhan Kechik).

Nik Aziz dilahirkan pada tahun 1931 di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah di Universiti al-Azhar di Mesir, dan mempunyai lima anak lelaki serta lima anak perempuan.

Beliau juga adalah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Kelantan. Tiga Exco baru kerajaan negeri yang dilantik pada malam ini adalah ADUN Kijang Wan Ubaidah Wan Omar, ADUN Temangan Dr Fazli Hassan dan ADUN Wakaf Baru, Che Abdullah Mat Nawi.

Imej: fotowarung

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive