KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

Empat Calon BN Terima Duit Judi, Cecah RM17 Juta

(Sanggahtoksago)

TELAH lama diperkatakan. Selain dari komisyen haram yang dipungut dari taukeh-taukeh yang mendapat kontrak kerajaan, BN juga mengutip duit judi untuk perbelanjaan kempennya.

Ia sudah menjadi rahsia umum. Taukeh judilah yang banyak melabur atas kejayaan BN dalam setiap kali pilihan raya. Mereka perlu mempertahankan BN sebagai tuan mereka.

Jika tidak, andainya PAS menang, sudah tentulah kerjaya dan bisnes judi mereka akan ditalqinkan serta-merta. Di manakah mereka "nak cari makan" lagi?

Harakahdaily melaporkan hal ini semalam; Bukan menjadi satu rahsia apabila syarikat-syarikat judi menghulurkan bantuan dana kepada jentera pilihan raya BN khususnya dalam menghadapi saat-saat genting pilihan raya umum.

Keghairahan taukeh-taukeh judi menyalurkan bantuan kewangan kepada BN tidak sukar untuk difahami memandangkan dengan mengekalkan BN sebagai peneraju kerajaan di peringkat pusat dan negeri, hayat syarikat-syarikat judi ini akan terjamin sama ada dalam konteks perlesenan perniagaan mahupun perlesenan premis perjudian.

Harakahdaily menerima maklumat berhubung modus operandi taukeh-taukeh judi dalam membiayai kempen pilihan raya BN termasuk Umno.

Menurut sumber, bagi calon-calon beragama Islam, pembiayaan dibuat secara tunai dan diserahkan kepada calon atau wakil mereka di premis ataupun di penthouse milik syarikat perjudian; manakala bagi pemimpin-pemimpin BN bukan beragama Islam, pembayaran dibuat menerusi cek.

Taktik ini dirancang bagi mengelak pembiayaan syarikat judi kepada calon-calon BN beragama Islam dikesan.

Menurut sumber, sehari sebelum Parlimen dibubarkan, satu syarikat judi tempatan yang diterajui seorang warganegara asing telah menyalurkan jutaan ringgit kepada calon-calon BN tertentu.

Wang dalam bentuk tunai dikeluarkan melalui Bank Negara dan diserahkan kepada calon atau wakil calon di penthouse milik syarikat terbabit bertempat di Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini.

Antara calon-calon BN beragama Islam yang mendapat pembiayaan syarikat judi itu adalah pendokong Islam Hadhari di Pulau Pinang, pelopor konsep Melayu glokal di Pahang dan seorang ahli Kabinet BN yang bertanding di kawasan Parlimen di Kedah.

Pembiayaan untuk seorang calon bukan Islam dibuat melalui cek dan dihantar ke ibu pejabat parti komponen BN itu, dekat sini.

Jumlah pembiayaan kepada empat pemimpin BN itu dilaporkan mencecah RM17 juta.

Syarikat judi terbabit juga, menurut sumber menyalurkan kewangan kepada individu-individu tertentu yang lantang mengkritik Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sepanjang kempen pilihan raya. Jumlah sumbangan dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Pembiayaan syarikat judi terhadap kempen pilihan raya BN menimbulkan dua isu.

Pertama, dari segi pelanggaran had perbelanjaan berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu RM50,000 di peringkat Dewan Undangan Negeri dan RM100,000 di peringkat Parlimen.

Kedua dari segi hukum syarak yang mengharamkan segala bentuk hasil daripada aktiviti perjudian.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive