KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 12, 2008

MESTI BACA: Menantu letak jawatan...tidak kena mengena dengan cheGuBard


chegubard

Saya mendapat banyak sms mengatakan tahniah kepada saya kerana menantu Pm meletakan jawatan sebagai Naib ketua pemuda Umno..... saya ingin katakan di sini ia tidak ada kena mengena dengan cheGuBard. cuma mungkin tahniah kepada jentera Umno yang menyertai jentera rakyat di Rembau secara malu malu kucing tempoh hari....

Persoalan saya ialah bukan jawatan si menantu ini dalam Umno tetapi persoalanya ialah penglibatan si menantu dalam keputusan yang merugikan negara dan menguntungkan peribadinya dan Kamaludin Abdullah.....sebelum saya menulis sendiri apa yang saya kempemkan di Rembau saya raya elok saya kongsikan petikan tulisan seorang ahli Parti Mahasiswa Negara yang menulis sebelum debat calon Rembau yang menantu takut datang.........

LEWAT jam 3 petang tadi, saya mendapat sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung cita-cita perdebatan Sdr. CheguBard (PKR) dengan Sdr. Khairy Jamaluddin (UMNO) di Parlimen Rembau. Entah benar atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. Begini masej tersebut :-

“…debat antara 2 calon Parlimen Rembau, Badrul Hisham (PKR) dan Khairy Jamaluddin (UMNO) di Taman Seri Rembau. Moderator (oleh) Sdr. Anuar Mohd Nor dari umno-reform.net jam 8 malam hari ini. (Sila) hubungi +6013-2728500 untuk keterangan lanjut. Sebarkan debat terbuka bersejarah di Malaysia..”

Seketika kemudian, saya mendapat sms pula daripada Sdr. Azlan Zainal, Presiden Penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN). Beliau meminta saya menggalurkan semula soalan dan penjelasan akademia khusus untuk Khairy Jamaluddin (KJ) malam ini.

Menurut beliau, malam ini PMN akan menghantar beberapa opinion leaders untuk bersemuka dengan KJ.

Saya bertanya, ‘Mengapa tidak kita mengutarakan soalan kepada kedua-dua calon muda Parlimen Rembau ini?’

‘Kita telah temuai Sdr. Badr (CheguBard), malah telah berpidato dengan beliau lebih 4 kali di Rembau 2 Mac lalu.

Beliau juga telah memberi jaminan untuk memerangi rasuah, nepotisme, kezaliman dll.

Yang masih belum kita bersemuka adakah KJ. Jadi kita perlu bersemuka dan bertanya beberapa soalan juga kepada KJ…” respon Sdr. Azlan Zainal.

Kesempatan ini, saya mengambil taklifan merangka soalan khusus untuk KJ. Saya juga cuba menggalurkan beberapa fakta untuk makluman KJ dan pembaca sekalian. Selebihnya, saya berharap KJ dapat menjawab soalan tersebut dengan penuh jujur dan bertanggungjawab. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive