KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

Jawapan Yang Menggemparkan..

energi-alabrar

Hari ini saya mendapat berita yang sangat mengejutkan. Mohamad seorang sahabat di Jabatan Syariah menceritakan perkara tersebut kepada saya. Katanya berita ini diceritakan oleh sahabatnya di Kedah. Sahabatnya itu telah menanyakan kepada seorang budak kecil beberapa soalan mengenai agama. Berbagai soalan yang di tanya, solat berapa kali sehari, Rukun Iman, Rukun Islam, dan berbagai lagi. Ada yang dapat dijawab dan ada yang tidak. Cuma yang mengejutkan ialah apabila ditanya tentang agama yang dianutinya, maka budak kecil itu dengan pantas menjawab 'agama saya agama Islam Hadhari'. Tergamam saya mendengarnya. Sungguh berat untuk mempercayai cerita tersebut.

Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemai nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.


Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama :

1.Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
2.Kerajaan Adil dan Beramanah
3.Rakyat Berjiwa Merdeka
4.Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5.Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6.Kehidupan Berkualiti
7.Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8.Keutuhan Budaya dan Moral
9.Pemeliharaan Alam Semulajadi
10.Kekuatan Pertahanan

Ini adalah merupakan pandangan YAB Perdana Menteri berkenaan dengan perlaksanaan Islam Hadhari di Malaysia. Saya melihat bahawa prinsip yang digagaskan melalui Islam Hadhari ini sudah cukup cantik untuk dipraktikkan. Cuma apa yang kurang saya persetujui ialah title 'Islam Hadhari' itu sendiri. Islam adalah merupakan agama, risalah, cara hidup yang bersifat syumul. Islam tidak perlu diketengahkan dengan mengambil beberapa juzu' ciri-ciri yang terdapat di dalam Islam. Islam sememangnya bersifat Hadhari, malah menurut beberapa kajian yang pernah saya baca menyatakan bahawa liberal dan sekular itu juga merupakan ciri-ciri yang terdapat di dalam islam cuma ia ada had dan batas yang tertentu dan bukannya liberal dan sekular yang berlebih-lebih sehingga menjerumuskan minda dan pegangan seseorang terhadap tuntutan wahyu.

Merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh si kecil tadi, saya tidak menafikan bahawa title Islam hadhari ini 'ada bahayanya'. Malah jika dilihat dari segi perlaksanaannya juga masih berada di tahap yang boleh dipersoalkan. Tidakkah Allah pernah berfirman di dalam surah As Saff :

Amat besar kemurkaannya di sisi Allah SWT terhadap apa yang kamu perkatakan, tetapi kamu tidak melakukannya.

Cetusan idea semata-mata tidak akan memberikan apa-apa perubahan. Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata sebagaimana ungkapan Cikgu Badrul Hisyam. Setakat ini, apakah kesan yang dapat dilihat melalui gagasan ini? Ramai yang mempertikaikan. Malah ada yang menyatakan "ISLAM HADHARI telah MELAHIRKAN LEBIH RAMAI BINATANG di kalangan manusia, dan bukannya memanusiakan manusia". Beberapa kes jenayah pembunuhan seperti kes Nurin jazlin menunjukkan kegagalan Islam hadhari.

Saya berharap Islam Hadhari bukanlah merupakan satu cetusan yang berbaur politik. sekiranya PAS bermatlamatkan Negara Islam dan memperjuangkan syariat Islam, janganlah Islam Hadhari ini dijadikan satu wadah kepada UMNO untuk menentang perjuangan PAS. Tetapi apabila melihat kepada suasana dan keadaan negara pada hari ini, sekaligus merobek pengharapan saya seolah-olah Islam Hadhari sememangnya diperkotak-katikkan untuk kepentingan politik semata. Jika benar ia 'ikhlas' untuk dilaksanakan, nescaya negara kita akan pulih bersih dari segala permasalahan, dan akan mencapai target prinsip yang telah ditetapkan.

Al Quran dan As Sunnah telah menggariskan panduan untuk kelangsungan kehidupan manusia yang lebih baik. Maka kembalilah kepada dua warisan wahyu ini, dan bukannya mewujudkan satu warisan baru yang belum pasti sejauh mana keberkesanannya..

Waalahua'lam..

1 comments:

Anonymous said...

memang benar islam hadhari mengelirukan mcm agama baru je sebabnya sewaktu menunggu anak keluar dari sekolah di sek keb sg buluh(kota damansara),sekumpulan anak2 yang berusia agaknya bawah 10 thn membawa kertas exam pendidikan islam yg telah diberi markah dan ada anak tu bertanya kawanya :"engkau dpt islam hadhari berapa".memang nterkejut,jika mereka tidak mendpt info yg tepat pasti akidah akan tergugat,wallahuallam

Posting terkini

Blog Archive