KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

KETUA KAMPUNG TERUS BERTUGAS

1,300 ketua kampung di Perak dan Selangor batal hasrat letak jawatan
bharian.

PUTRAJAYA: Lebih 1,300 ketua kampung di Perak dan Selangor yang kini diperintah parti pembangkang hari ini bersetuju membatalkan cadangan meletak jawatan, sebaliknya memberi jaminan akan terus berkhidmat membantu dan menjaga kebajikan masyarakat akar umbi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata keputusan itu dicapai selepas 30 wakil Persatuan Ketua Kampung Perak dan Selangor menemui beliau selama dua jam di pejabatnya, di sini.

Katanya, mereka mengambil keputusan itu selepas mengambil kira kepentingan dan kebajikan penduduk, selain mahu memastikan projek pembangunan di kampung masing-masing dapat dilaksanakan seperti dirancang.

"Saya minta mereka batalkan cadangan meletak jawatan dan terus berkhidmat demi kepentingan penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Muhammad mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ketua Kampung Perak, Sukiman Jalil yang menggesa 879 ketua kampung di negeri itu meletak jawatan beramai-ramai berkuat kuasa 1 Mei depan kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran Perak pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sukiman berkata, lebih 13,000 ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) juga turut berbuat demikian dengan alasan sama.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ketua Kampung Malaysia, Shuhaimi Othman, yang turut menghadiri pertemuan dengan Muhammad berkata, lebih 1,500 ketua kampung di Kedah dan Pulau Pinang yang diperintah pakatan parti pembangkang juga dinasihatkan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau berkata, pelantikan mereka sebagai pemimpin masyarakat masih sah dan mereka layak menerima elaun RM400 sebulan daripada Kerajaan Pusat.

2 comments:

Anonymous said...

Ini lagi satu contoh/ciri2 orang2(atau beruk2..sori)Melayu yang memalukan melayu dan menjahanamkan melayu..dah lah bodoh, sombong pulak.Kita semua dah berPILIHANRAYA seperti yang dikehendaki oleh undang2 negara...tentulah ada kalah dan menang...ditakdirkan kalah, terimaje lah.Dah pakat2 menyalak nak letak jawatan...LETAK LAH!!! DAH BERAK MAKAN BALIK TAIK TU...MEMANGLAH SEBANGANG2 MANUSIA...(minta ampun maaf banyak2...memang terkasar...kalau tak, tak reti bahasa)

Anonymous said...

memang geram dan timbul prasangka mungkin nak kacau bilaukan kampung kut,itu tak jadi letakjawatan..Jom tukar nama jangan jkkk lagi sbb itu sinonim dgn jin kapir kacau kampung...tapi walau mcmana pun kita doakan je lah mudah2an ALLAH satukan hati2 mereka utk kembali memahami islam yg syumul.ALLAH mnkhabarkan kpd kita,kita semua menghampiri neraka,dan ALLAH tidak mngkhabarkan kpd kita adakah kita dapat keluar dari neraka itu..

Posting terkini

Blog Archive