KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 21, 2008

Yamin dan Polis Terengganu bekerjasama?

amdang81

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Siapa Yamin? info 1, info 2 dan info 3. Aku kira sedikit maklumat itu cukup untuk menggambarkan siapa dan bagaimana orangnya si Yamin itu. Mengikut sumber dari Besut, Yamin sekarang ini berada di Bandar Kuala Terengganu sejak 11 Mac lagi. Sumber itu turut memaklumkan Yamin dan beberapa kawannya menginap di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Kenapa Yamin datang ke Kuala Terengganu? Jawapannya mudah. Isu pelantikan MB Terengganu yang belum selesai memaksa Yamin datang ke KT. Yamin dipertanggungjawabkan khusus bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengganggu proses pelantikan MB kepada Deris Jusoh. Di KT ini, Yamin dipercayai bekerjasama dengan Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Sabri Alwi @ Mat Kerak bagi mengawal kebangkitan pihak-pihak yang dikatakan cuba melawan Deris.

Beberapa hari lalu dikhabarkan ada pihak yang memasang banner bagi menyatakan sokongan kepada pihak Istana Terengganu dalam pemilihan MB yang baru. Bagaimanapun, banner-banner berkenaan telah dibuang serta merta oleh pihak-pihak yang dipercayai diterajui oleh Yamin dan Mat Kerak itu.

Semalam juga, 4 lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dalam pemasangan banner-banner berkenaan. Penahanan itu dilakukan kerana banner-banner berkenaan dikatakan mempunyai unsur-unsur hasutan.

Hairan juga mereka yang berhimpun mengapi-apikan perkauman dalam sehari dua ini dibenarkan berhimpun secara haram, dibenarkan menggantung banner-banner yang sebahagiaannya berunsur perkauman dan hasutan, namun tiada sebarang tangkapan pun dilakukan. Paling berat pun yang diberitakan adalah banner-banner tersebut dirampas polis. Sedangkan hasutan yang dilakukan oleh 'beruk-beruk di jalan raya' (mengambil istilah yang digunakan KJ) adalah jelas dan terang bentuknya.

Ini jauh berbeza dengan banner-banner yang digantung sebelum ini oleh sesetengah pihak di Terengganu sebelum ini dan yang dirampas semalam. Antara perkataan yang tertulis hanya berbunyi "Daulat Tuanku, Selamatkan Terengganu Darul Iman dan Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri Di Belakang DYMM Tuanku", definisi hasutan tidak hadir dengan secara jelas.

Sedangkan banner terbabit sepatutnya dilihat suatu sokongan rakyat kepada Tuanku dan pihak Istana Terengganu dalam memutuskan siapa MB Terengganu. Samada rakyat dari penyokong BN mahupun dari penyokong pembangkang, situasi ini perlu dilihat secara sihat kerana Deris Jusoh dilihat benar-benar tidak diperkenan oleh pihak istana. Apakah mahu dilihat jika berjalan pemerintahan nanti situasi bermasam muka antara pihak istana dan MB?

Di sinilah yang dilihat sebagai campurtangan Yamin dalam mengendalikan dan mengawal 'keamanan' di Bandaraya Kuala Terengganu ini. Sebelum ini di Besut petugas Majlis Daerah Besut (MDB) dipaksa membuang segala poster ceramah dan risalah yang ditampal di mana-mana tempat yang agak terbuka di daerah tersebut.

Penolakan Deris sebagai MB perlu dilihat oleh rakyat Terengganu dengan penuh rasa sedar dan insaf. Jika baik, cantik dan berwibawa sudah tentu disenangi semua pihak. Jika ditolak dan penolakan yang berlaku itu pula secara bersungguh-sungguh, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Lebih-lebih lagi pihak yang menolak itu tahu selok belok yang berlaku dalam pentadbiran Deris sebelum ini.

Wallahua'lam.

2 comments:

Anonymous said...

Sedara2 sekalian terutama dari Tganu..tolong siarkan gambar Yamin ni kalau. Kawan nak tengok jugak camana rupa samseng taik kucing ni..Kalau berani cuba lawan sorang ngan sorang..Apa raaa...datang ngan 5 buah kereta sbb nak pukul sorang jaga..mmg takde t***r..

Unknown said...

Yamin ni adik ipar Idris. Rumah seberang jertih.

Baru ni berlaku satu peristiwa di Jertih, semua org jertih tahu.

Isteri Yamin datang untuk membeli di Supermarkat Ecconjaya Jertih. Isterinya bawa beg besar dan di sekat oleh pengawal keselamatan dan dinasihat oleh Pengawal keselamatan supaya tinggalkan beg tempat simpanan.

Ekoran tak puashati isteri Yamin, dia telefon suaminya ...datanglah anak buah Yamin dan pukul pengawal keselamatan tersebut. Yang peliknya pengawal keselamatan itu yang ditahan polis..Kah2222

Mat Kerak tu memang cukup kaya hari ini kerana hubungan rapat dengan Idris dan ada sumber2 yang boleh dipercayai beliau sebagai proksi Idris dalam mengaut kekayaan di TRG.

Posting terkini

Blog Archive