KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

BPR tahan konstabel terima rasuah RM200

Bharian - Badan Pencegah Rasuah (BPR) Johor Bahru menahan seorang konstabel kerana dikatakan menerima sogokan RM200.

Anggota polis itu ditahan di Balai Polis Kulai, Johor, Sabtu lepas pada kira-kira jam 3.45 petang.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat BPR hari ini, konstabel berkenaan dipercayai meminta wang upah sebanyak itu daripada pengadu untuk membeli tembakau dan makanan kepada adik pengadu yang ditahan reman.

Anggota polis berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Dalam satu kes berasingan, polis menahan seorang lelaki yang cuba memberi rasuah RM10 kepada sekumpulan anggota polis yang membuat pemeriksaan jalan raya di Kulai.

Penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar itu dikatakan memberi wang sebanyak itu kepada anggota polis berkenaan agar tidak mengeluarkan saman terhadapnya. more...

1 comments:

dexidle said...

kepada polis yang baru dapat uniform baru.. lepass ni.. kalau nk terima sogokan.. jgn terima la sikit2... Juta-juta x pa.. sbb semua tu Hadiah/komisyen..

Posting terkini

Blog Archive