KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 22, 2008

Polis Siasat Bekas Menteri Dalam Kes Cabul

Bernama
Polis sedang menyiasat satu laporan melibatkan seorang bekas menteri yang didakwa melakukan jenayah seksual di sebuah hotel bertaraf lima bintang berdekatan Stesen Sentral Kuala Lumpur di sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata laporan itu dibuat oleh seorang wanita yang berumur 30-an di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada Jumaat lepas.

Dalam kejadian pada 14 April lepas, mangsa yang merupakan pekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri tersebut sebelum mendakwa dicabul, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Kelab Rotary bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari Selasa.

Ku yang enggan mengulas lanjut mengenai kes itu berkata bekas menteri itu kini berada di luar negara dan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau turut menegaskan pihak polis akan menjalankan siasatan tersebut secara adil tanpa mengira status pihak yang didakwa, dan pihaknya akan memanggil bekas menteri yang terlibat untuk siasatan sebaik beliau kembali ke tanah air.

Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan.

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

2 comments:

Anonymous said...

Orang ramai berkata bahawa DIA telah melakukan perbuatan tersebut. Betul kah DIA yang melakukannya.. jeng jeng jeng..

Khun Pana aka johanssm said...

The person is jamaludin jarjis.

Posting terkini

Blog Archive